بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه وبعد
PERKONGSIAN BUAT PENCINTA ILMU FIQH
Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang sudi menziarahi blog, moga anda semua sihat wal'afiyat dan semoga Allah Taala sentiasa memudahkan segala urusan yang anda lakukan serta memberkati anda dan seluruh umat Islam.
Berkata pengarang matan Safinatun
naja' Sheikh Salim bin A'mir Al Hadramy:
بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله رب العالمين
InsyaAllah dengan izin Allah,
dalam entry kali ini saya akan berkongsi dengan anda beberapa perbahasan fiqh
yang dipetik daripada kitab Nailur Raja' Syarh Safinatun Naja' oleh al habib
Ahmad al Shatrie rahimahullah.
Antara bab yang akan saya kupas:
Antara bab yang akan saya kupas:
a)
Hukum hakam yang berkaitan dengan pembacaan basmalah (saya telah kupas
serba sedikit berkenaan basmalah dalam post lepas)
b)
Perbahasan berkenaan lafaz hamdalah :
Alhamdulillahi rabbil a'lameen atau dalam bahasa Arabnya '' الحمد لله رب العالمين '' ucapan ini selalu kita sebut tetapi adakah kita memahami dan menghayati apakah tafsiran di sebalik lafaz yang agung ini? InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda.
Alhamdulillahi rabbil a'lameen atau dalam bahasa Arabnya '' الحمد لله رب العالمين '' ucapan ini selalu kita sebut tetapi adakah kita memahami dan menghayati apakah tafsiran di sebalik lafaz yang agung ini? InsyaAllah saya akan kongsikan dengan anda.
Mungkin ada yang bertanya
siapakah al habib Ahmad al Shatrie yang mengarang kitab ini? Mungkin juga ada
di kalangan kita yang akan juga bertanya apakah kitab yang saya sebutkan
sebentar tadi? Adakah kitab ini sangat penting kepada kita? InsyaAllah dalam
post akan datang saya akan usaha untuk mengupas berkenaan kitab ini dan
pengarangnya dengan izin Allah, mohon doa anda semua jazakumullah kher.
Fuqaha telah
menyimpulkan bahawa bagi basmalah (bismillahirrahmanirrahim) itu terdapat lima
hukum :
- WAJIB
Bila masakah wajib
membaca basmalah? Basmalah menjadi wajib seperti dalam solat. Ini adalah kerana
dalam mazhab shafi'e basmalah adalah salah satu daripada ayat al fatihah dan
kita semua sedia maklum bahawa antara rukun solat ialah al fatihah maka apabila
wajib kita membaca al fatihah dalam solat hukum membaca basmalah menjadi wajib.
- HARAM
Hukum membaca
basmalah menjadi haram apabila kita ingin membacanya untuk melakukan sesuatu
yang dilarang oleh Allah Taala seperti seseorang yang ingin membaca bismillah
untuk minum arak maka hukum bacaannya itu adalah haram kerana hukum minum arak
adalah haram dan merupakan antara larangan Allah Taala seperti yang telah
disebutkan dalam Al Qur'an dan sunnah.
- SUNAT
Hukum membaca
basmalah menjadi sunnah apabila kita ingin melakukan apa sahaja perkara atau
kerja atau aktiviti kebaikan iaitu pekerjaan yang disyariatkan oleh Allah dan
Rasul seperti kita nak berwudhu', nak menulis buku atau penulisan yang baik dan
sebagainya.
- MAKRUH
Hukum membaca
basmalah menjadi makruh apabila kita ingin melakukan sesuatu yang makruh dalam
syari'at seperti melihat sesuatu yang dimakruhkan.
- HARUS
Hukum membaca
basmalah adalah harus apabila kita ingin melakukan perkara-perkara yang harus
iaitu yang dibolehkan syarak seperti nak memindahkan barang atau seumpamanya.
Jika ada peluang
lain, nanti saya akan bawa kupasan ulama yang lebih mendalam dalam bab basmalah
serta kelebihan dan khasiat yang telah disebutkan oleh para ulama InsyaAllah.
Bab
kedua yang akan saya sentuh dan ini adalah fokus dalam post kali ini kerana
perbahasan ini adalah jauh lebih mendalam dari bab basmalah iaitu bab hamdalah.
Seperti
biasa cara saya untuk memudahkan anda membaca, saya akan susun perbahasan dalam
bentuk nota kerana jika semuanya dalam perenggan kemungkinan membosankan anda
atau lambat untuk difahami. Saya cuba dan sebarang komen dan teguran boleh anda
tinggalkan di ruang yang disediakan.
- Setiap sesuatu mesti ada takrif kerana dengan takrif kita akan memahami apakah yang dimaksudkan dengan suatu perkataan atau mustolah. Kayanya bahasa Arab kerana tidak ada satu mustolah atau perkataan melainkan ada maksud dan takrif oleh pakar bahasa (ulama lughah) dan ulama-ulama bidang-bidang tertentu. Tidak boleh kita mulakan sesuatu melainkan kita memberi takrifnya terlebih dahulu.
Cuba
kita perhatikan berapa perkataan terdapat dalam ayat hamdalah di atas? Jika
jawapan anda empat ya betul anda bijak sekali dan saya saja nak menimbulkan
soalan kerana saya akan bawakan takrif dan huraian untuk setiap empat perkataan
tersebut dan ini semua daripada ulama bukan dari saya.
Pengertian alhamdu (الحمد)
Alhamdu
dari segi bahasa:
Pujian dengan lisan (mulut) atas kurniaan (Allah) yang sangat indah dan sempurna yang telah dipilih.
Pujian dengan lisan (mulut) atas kurniaan (Allah) yang sangat indah dan sempurna yang telah dipilih.
- Yang dimaksudkan dengan dimaksudkan dengan sangat indah dan sempurna ialah apa yang berlawanan dengan buruk dan cacat dan yang dimaksudkan dengan yang dipilih itu ialah kurniaan Allah Taala kepada kita dengan pilihan kita dan taufiq daripada Allah, kerana kurniaan Allah yang dipuji itu sesuatu yang baik dan apabila kita berusaha melakukan suatu kebajikan kemudian Allah memberi taufiq kepada kita seperti akhlak yang baik, keberanian, kemuliaan semua itu Allah Taala kurniakan dengan taufiq Allah dan juga dengan usaha kita maka itulah pilihan yang dimaksudkan di sini.
Dari
segi istilah alhamdu bermaksud:
Perbuatan yang terlahir untuk mengagungkan kebesaran Pemberi nikmat (Allah) kerana dia merupakan pemberi nikmat kepada yang memuji atau selainnya.
Perbuatan yang terlahir untuk mengagungkan kebesaran Pemberi nikmat (Allah) kerana dia merupakan pemberi nikmat kepada yang memuji atau selainnya.
Alhamdu berbeza dengan ath thana'
Tidak
termasuk daripada takrif apa yang terkeluar daripada huraian takrif yang
disebutkan di atas. Pujian alhamd tidak sama dengan pujian ath thana' (الثناء) kerana pujian alhamdu adalah pujian khas daripada yang dicipta
kepada yang Maha Pencipta manakala pujian ath thana' ialah pujian biasa
seseorang kepada sesuatu seperti dia memuji berlian yang sangat cantik maka dia
tidak memuji dan mengagungkan berlian sepertimana dia memuji Allah yang memberi
nikmat kepadanya.
Beza alhamdu dengan asy syukr (الشكر)
- Alhamdu dari segi istilah
Merupakan takrif syukur dari segi bahasa kerana ianya merupakan suatu yang lahir untuk mentakzimkan pemberi nikmat - iaitu Allah Taala– kerana Allah yang memberi nikmat kepada orang yang sedang bersyukur atau selainnya.
Takrif syukur dari segi istilah ialah:
Seorang hamba menggunakan segala nikmat Allah Taala kepadanya untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala kerana itulah tujuan dia diciptakan.
Seorang hamba menggunakan segala nikmat Allah Taala kepadanya untuk mengabdikan diri kepada Allah Taala kerana itulah tujuan dia diciptakan.
- Makna ar Rabb (الرب) ialah pemilik (المالك) dan di sana terdapat banyak lagi maksud selain yang disebutkan.
- Al A'lameen (العالمين) bermaksud sekalian manusia, jin dan malaikat.
Maksud
lafaz Alhamdulillah rabbil a'lameen secara keseluruhan :
"Pujian dengan lisan di atas kurniaan yang telah dipilih oleh pengurnia (lafaz untuk mengagungkan Allah) yang memiliki semua yang diciptakan daripada sekalian manusia, jin dan para malaikat."
- Bagi alhamdu para ulama mengatakan terdapat 5 rukun,:
a)
Al Hamid (الحامد):
Orang yang memuji
Orang yang memuji
b)
Al Mahmud (المحمود):
Yang dipuji iaitu Allah SWT
Yang dipuji iaitu Allah SWT
c)
Mahmud bih (محمود به):
Sesuatu yang dipuji dengannya, misalnya lidah (mulut)
Sesuatu yang dipuji dengannya, misalnya lidah (mulut)
d)
Mahmud 'alaih (محمود عليه):
Sebab berlaku pujian, iaitu nikmat yang dikurniakan
Sebab berlaku pujian, iaitu nikmat yang dikurniakan
e)
Sighoh (صيغة):
Iaitu lafaz ucapan pujian, seperti seseorang menyebut Alhamdulillah
Iaitu lafaz ucapan pujian, seperti seseorang menyebut Alhamdulillah
- Ulama menghuraikan lagi berkenaan alhamdu ini bahawa ianya terbahagi kepada empat bahagian:
a)
Alhamdu daripada qodim (القديم)
kepada qodim:
Iaitu bermaksud pujian Allah Taala terhadap dirinya seperti firman Allah Taala:
Iaitu bermaksud pujian Allah Taala terhadap dirinya seperti firman Allah Taala:
ﭽ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱ ﯲ ﭼ
Maksudnya: Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong (surah al Anfal: 40)
b)
Alhamdu daripada qodim kepada hadith (الحادث):
Iaitu pujian Allah Taala kepada sebahagian hamba-hambaNya, seperti firman Allah:
Iaitu pujian Allah Taala kepada sebahagian hamba-hambaNya, seperti firman Allah:
ﭽ ﮀ ﮁﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﭼ
Maksudnya: Dia (Sulaiman) sebaik-baik hamba, sesungguhnya dia Seorang yang sangat taat. (surah Sod: 30)
c)
Alhamdu daripada hadith kepada qodim:
Iaitu pujian kita kepada Allah Taala seperti lafaz ucapan kita 'alhamdulillah'.
Iaitu pujian kita kepada Allah Taala seperti lafaz ucapan kita 'alhamdulillah'.
d)
Alhamdu daripada hadith kepada hadith:
Iaitu pujian kita kepada manusia seperti kita katakan Zaid itu sebaik-baik lelaki.
Iaitu pujian kita kepada manusia seperti kita katakan Zaid itu sebaik-baik lelaki.
Sedikit huraian:
Maksud qodim dan hadith dalam pembahagian alhamdu di atas
- Qodim yang dimaksudkan di atas ialah suatu yang bersifat lama dan tak pernah dilahirkan , yang memang wujud sejak azali dan tidak ada yang meng'ada'kannya dan Dialah yang menciptakan segalanya dan mewujudkan segalanya di muka bumi dan di alam ini. Itulah salah satu sifat wajib bagi Allah Taala. Manakala hadith pula merujuk kepada hamba-hamba Allah, kerana hamba bersifat baru, diciptakan oleh Allah, bukan yang wujud sejak sekian lama, dan sifat hadith ini adalah sifat yang mustahil bagi Allah Taala.
Rumusan
Sekadar
ini sahaja kalam al habib hanya mensyarahkan bismillah dan hamdalah. Saya
sendiri banyak yang baru tahu bila belajar kitab ni subhanallah jahilnya saya.
Tapi habib Hassan Al Kaff baru-baru ini pernah menasihati bahawa jangan
sekali-kali kita putus asa dalam menuntut ilmu walaupun untuk memahami sesuatu
memakan masa bertahun-tahun, itulah ilmu bukan kamu sahaja yang merasainya
malah orang sebelum kamu juga merasainya, yang penting kamu belajar dan
teruskan belajar jangan lemah semangat menuntut ilmu.
Subhanallah
kalam habib memang banyak memberi diri ini semangat dan kekuatan.
Moga sahabat-sahabat juga mendapat manfaat dari nasihat habib.
Mohon teguran, nasihat dan tunjuk ajar daripada teman-teman.
Moga sahabat-sahabat juga mendapat manfaat dari nasihat habib.
Mohon teguran, nasihat dan tunjuk ajar daripada teman-teman.
Wallahu
a'lam bessawab.
No comments:
Post a Comment