Ulama telah berselisih pendapat berkenaan ilmu yang wajib dituntut
iaitu ilmu-ilmu Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam , maka terbentuk hampir
20 pandangan, dan tidak perlu untuk kami memanjangkan perbahasan secara
terperinci, tetapi kesimpulannya setiap pandangan berpendapat bahawa ilmu yang
wajib dipelajari adalah seperti berikut:
a) Ulama
'mutakallimeen' berpendapat:
Ilmu kalam, kerana dengannya kita memahami ilmu Tauhid, dan mempelajari segala yang berkaitan zat Allah Taala yang Maha Suci dan sifat-sifatNya.
Ilmu kalam, kerana dengannya kita memahami ilmu Tauhid, dan mempelajari segala yang berkaitan zat Allah Taala yang Maha Suci dan sifat-sifatNya.
b) Ulama Fiqh @ Fuqaha berpendapat:
Ilmu Fiqh, kerana dengannya dapat diketahui segala yang berkaitan dengan ibadah, apa yang halal dan haram, apa yang diharamkan dalam 'muamalat' dan apa yang halal, dan mereka sangat mengambil cakna dan seseorang itu sangat memerlukannya selain ianya juga membicarakan persoalan hukum hakam peristiwa-peristiwa yang jarang berlaku.

c) Ulama Tafsir
dan Hadith berpendapat:
Ilmu Al Kitab dan As Sunnah, iaitu dengan kedua-dua ilmu tersebut menghubungkan semua ilmu-ilmu agama.
Ilmu Al Kitab dan As Sunnah, iaitu dengan kedua-dua ilmu tersebut menghubungkan semua ilmu-ilmu agama.
d) Ulama Tasawwuf berpendapat:
Dimaksudkan ilmu fardhu Ain itu ilmu tasawwuf, maka berkata sebahagian daripada mereka: '' ia adalah ilmu keadaan dan kedudukan seorang hamba pada Allah Taala''. Berkata sebahagian mereka: ''Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang berkaitan dengan persoalan ikhlas, pemusnah-pemusnah jiwa, membezakan kebijaksanaan Malaikat dan kebijaksanaan syaitan. Berkata sebahagian mereka lagi:''Ilmu batin, dan itu adalah diwajibkan ke atas kaum-kaum tertentu yang khusus iaitu mereka yang memang ahlinya''.

Yang sepatutnya diambil oleh penuntut ilmu dan
jangan mendalami perbincangan panjang yang kami bawakan iaitu bahawa ilmu itu
seperti telah kita sebut sebelum ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu mukashafah dan
ilmu muamalah, dan tidak dimaksudkan di sini melainkan ilmu
muamalah.
Yang dimaksudkan ilmu muamalah
ilmu yang membicarakan persoalan membetulkan batin iaitu hati dan segala yang ibadah yang dilakukan oleh jasad kita.
ilmu yang membicarakan persoalan membetulkan batin iaitu hati dan segala yang ibadah yang dilakukan oleh jasad kita.
* dipetik dari kitab: IHYA ULUMUDDIN, AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID
AL GHAZALI -rahimahullah
Taala-
kesimpulan
kesimpulan
Kupasan al Imam al Ghazali rahimahullah yang dipetik dari kitab ihya ini
masih memerlukan penjelasan dan keterangan kerana sememangnya kalam al imam ini
dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar dalam kitab-kitab para ulama. Ini
adalah kerana jika kita perhatikan ilmu-ilmu yang disenaraikan di atas, bukan
setiap muslim di dunia ini mampu mempelajari kesemua ilmu-ilmu ini.
InsyaAllah dalam post akan datang, saya akan bentangkan
perbahasan ulama berkenaan topik ini dengan lebih terperinci dan lebih mudah
difahami oleh kita. Moga Allah memudahkan segala urusan kita.
Wallahu a'lam. Segala teguran, nasihat dan cadangan amat dialu-alukan. Jazakumullah kher.
1 comment:
syukran atas perkongsian yang amat bermanfaat..
jazakallah.. :)
Post a Comment