"Bersama berkhidmat untuk ummah. '' Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat '' -al hadith-

Monday, 11 February 2013

PERBAHASAN FIQH BASMALAH

أيها الزوار الكرام مرحبا بكم أهلا وسهلا

 BUAT TETAMU-TETAMU YANG MULIA YANG SUDI MENJENGUK BLOG SAYA AHLAN WASAHLAN SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه، أما بعد،
أيها الإخوة والأخوات الأعزاء ،
أحييكم بتحية مباركة عند الله فالسلام عليكم ورحمة الله،

     InsyaAllah untuk post kali ini dengan izin Allah Taala saya akan ulas secara  ringkas berkenaan ‘BISMILLAH’ atau dalam bahasa Arab dinamakan ‘BASMALAH’ iaitu jika dengan ejaan melayunya 'Bismillahirrahmanirrahim'. Ejaannya dalam bahasa Arab kita semua dah biasa melihatnya seperti yang termaktub dalam  ayat pertama daripada surah Al Fatihah iaitu surah pertama yang diletakkan dalam Al Quran. 

      Mungkin ada yang bertanya susunan surah dan ayat adakah ianya juga susunan daripada Allah?Jawapannya ya, susunan surah dalam Al Quran ialah daripada Allah Taala dan Al Quran merupakan wahyu Allah kepada Rasulullah SAW sepertimana dalam firman Allah SWT dalam surah An Najm ayat yang 3&4   :


 ﭛ  ﭜ   ﭝ  ﭞ  ﭟ  ﭠ  ﭡ  ﭢ    ﭣ   ﭤ  ﭥ  
Maksudnya ": Dan dia (Muhammad) tidak berbicara mengikut hawa
nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya"



    Saya sebut perkara di atas kerana ada di kalangan kita yang tidak mengetahui bahawa surah-surah dalam Al Quran itu disusun oleh Allah melalui Rasulullah dan kita sedia ketahui bahawa Al Quran merupakan kalamullah iaitu percakapan Allah kepada makhlukNya. InsyaAllah kita akan kupas bab ini pada masa akan datang. 

 Isu basmalah
Jika kita perhatikan dalam kitab-kitab tafsir, syarahan-syarahan hadith, kitab fiqh kesemua ulama dalam bidang ini mesti akan menyentuh bab ini dan ada sebahagian mereka menerangkan bab basmalah dengan huraian yang amat terperinci tetapi dalam entry kali ini penulis hanya ingin membawanya secara ringkas kerana khuatir sebahagian kita akan mula bosan.


"بسم الله الرحمن الرحيم"

Saya akan menerangkan dalam bentuk nota agar tidak berat untuk anda membacanya insyaAllah.
     Perbezaaan ‘basmalah’ dengan ‘bismillah’? 
     Maka saya menjawab bahawa bezanya ialah basmalah adalah nama bismillah itu sendiri iaitu basmalah boleh disebut secara tunggal dan bismillah tidak lengkap melainkan kita sempurnakannya seperti yang kita baca dalam surah   Al Fatihah ayat pertama.
  Di sana terdapat sebuah hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : 
 ))كل أمر ذي بال لا يبدأ فيه ببسم الله فهو فهو أبتر((
-        رواه أبو داؤدوالنسائي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه  Maksudnya : Setiap urusan/pekerjaan (yang berbentuk) kebajikan (yang) tidak dimulai dengan ‘bismillah’ maka (urusan) tersebut terputus iaitu (berkatnya).(Hadith diriwayatkan oleh Abu Daud, An Nasaie,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dalam sohehnya)
     Basmalah
     merupakan ayat yang pendek tetapi mempunyai peranan dan makna yang sangat besar sehinggakan jika kita melakukan sesuatu yang baik tanpa basmalah maka tidak diberkati amalan tersebut. Misalnya kita singgah di sebuah restoran kita ‘order’ nasi goreng ayam dan setelah siap kita ambil sudu dan garfu terus ‘ngap’ tanpa baca bismillah maka amalan makan kita tadi tidak diberkati.
       Kita harus mengetahui bahawa surah Al Fatihah memainkan peranan besar dalam hidup kita dan kelebihannya sangat banyak seperti yang terdapat dalam nas Al Quran dan hadith nabi SAW. Basmalah juga merupakan ayat yang pertama dalam surah Al fatihah mengikut pendapat paling tepat dalam mazhab Syafie. Malah menyebut basmalah merupakan syarat untuk memulakan setiap permulaan surah dalam Al Quran yang hendak dibaca melainkan surah At Taubah mengikut pendapat yang paling tepat dalam mazhab Syafie.
     Kita juga sedia maklum bahawa Al Quran itu merangkumi tiga aspek iaitu aqidah, hukum-hakam, dan sejarah dan ketiga-tiga aspek ini kita dapatinya dalam surah Al Fatihah. Oleh itu Al Fatihah dianggap ringkasan Al Quran. Basmalah pula merupakan ringkasan Al Fatihah pada pandangan sebahagian ulama. Sebab itu basmalah mempunyai fadhilat yang sangat besar dan pahala diberi kepada yang mengamalkannya.
      Bismillah 
    Bismillah dalam bahasa Arab itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maknanya ‘dengan nama Allah’. 
   Sebahagian ulama menafsirkan bahawa dengan nama Allah ini merangkumi maksudnya dua perkara iaitu :

             i) aku bermula dengan nama Allah
            ii) aku meminta pertolongan dengan nama Allah

Daripada tafsiran ini dapat kita perhatikan bahawa betapa dalamnya makna basmalah ini dan kita dapat bayangkan bahawa apabila kita melakukan sesuatu dengan kalimah bismillah ini maka kita sebenarnya menyerahkan kesempurnaan amalan kita kepada Allah SWT dan juga segala kesusahan dan keperitan yang berlaku dalam melakukan amalan tersebut kita meminta pertolongan daripada Allah SWT.

kesimpulan

      Antara perkara lain yang masih kita boleh kupas berkenaan basmalah ini adalah hukum fiqh yang berkaitan dengan basmalah tetapi topik itu akan saya tulis dalam entry akan datang insyaAllah apabila ada kelapangan. Dengan izin Allah akan saya huraikan penjelasan Fuqaha 4 mazhab berkenaan isu basmalah. Jangan pelik sebahagian besar imam-imam di negara Arab terus memulakan Al Fatihah mereka dengan ayat ‘Alhamdulillahirabbil alameen’.

       Di kesempatan ini, saya juga ingin mengajak diri saya dan para pembaca yang budiman untuk sama-sama kita membudayakan basmalah dalam apa jua pekerjaan baik yang kita lakukan. Memang tak dinafikan kadang-kadang kita akan lupa, tetapi jika kita sudah biasakan maka lupa itu lama kelamaan akan pergi. Pengalaman saya semasa berada di negara Arab, orang-orang Islam di sana menjadikan basmalah sebagai budaya yang tak boleh pisah lagi, memang satu kelainan yang amat saya rasa.

      Saya menganggap jika saya menulis blog tanpa kalimah yang sangat mulia ini maka kemungkinan blog saya tidak ada keberkatan dan saya sangat berharap daripada yang Maha Esa agar menjadikan saya dan pembaca budiman serta semua kaum muslimin di dunia ini tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang diberkati amalannya ameen ya Rabbal a’alameen.

        Untuk makluman, saya hanya orang yang baru belajar dan masih lagi belajar dan akan terus belajar sehingga ke akhir hayat. Salah dan silap itu biasa sebagai orang yang sedang belajar dan juga sebagai manusia sebab yang sempurna hanya yang Maha Sempurna (Allah).

       Saya hanya ‘cedok’ (bak kata orang) maklumat dalam blog ini daripada ulama-ulama melalui kelas-kelas pengajian  dan bacaan serta kajian daripada kitab-kitab mereka. Jikalau saya berkata tanpa ilmu, maka saya sangat berdosa dan dosanya merupakan dosa besar .

    InsyaAllah jika berkesempatan akan saya ulas lebih lagi berkenaan topik ini secara lanjut dalam entry yang akan datang jika saya mampu. Ambillah apa yang baik dan tinggalkan apa yang tidak baik. Sekian. Moga bermanfaat.

Wallahu a’lam bessawab.

3 comments:

maryam siddiqah said...

syukran atas perkongsian ilmu.. moga diberkati Allah.. :) lagu raihan yang berbunyi *mulakan dengan bismillah disudahi dengan Alhamdulilah. begitula sehari dalam hidup kita mudah-mudahan dirahmati Allah.

Niah Ahhab said...

alhamdulillah..ilmu yang sgt bmanfaat..izinkan sy share..

Unknown said...

Maryam: La syukra alal wajib famous lagu tu sejak sekolah kan.. InsyaAllah sama2 amalkan ameen..

Niah Ahhab: Silakan..