"Bersama berkhidmat untuk ummah. '' Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat '' -al hadith-

Thursday 5 December 2013

Biografi seorang ulama





بسم الله، صلاة وسلاما على رسول الله، وآله وصحبه ومن والاه واتبع هداه
     Sesungguhnya biografi seorang ulama sangat penting untuk kita mengetahui agar kita dapat mengenali lebih jauh bagaimanakah para ulama mengarang buku-buku mereka dan apakah sejarah hidup serta kehebatan mereka dalam bidang mereka, semuanya diketahui dengan biografi. Oleh itu para ulama sangat menitik beratkan bab ini dan telah mengarang banyak buku khas berkenaan biografi bermula zaman sahabat sehinggalah ulama sekarang.
     Ini menolak mereka yang mengatakan kita tidak perlu mengetahui biografi para ulama kerana ianya bukanlah suatu keperluan yang lebih diperlukan adalah kefahaman dalam bidang, itu silap sama sekali. Di sana terdapat banyak kepentingan mengetahui biografi para ulama antaranya dapat mengetahui tahun kewafatan, kerana dengan mengetahui tahun kewafatan kita akan memahami siapa yang terlebih dahulu dalam bidang, dan ini mempengaruhi dan memberi kesan terhadap buku dan penulisan seseorang ulama dalam bidang mereka.
    Oleh itu harus kita sebagai penuntut ilmu dan pengajar terutamanya ilmu syarak mengambil berat dengan perkara ini dan alhamdulilah para ulama salaf kita telah menyediakan pelbagai karya untuk kita jadikannya sebagai rujukan dan garis panduan untuk mencari permasalahan berkaitan dengan perkara ini.
     Sempena kelas mingguan kitab ini yang diajarkan oleh guru kami yang mulia sheikh Ahmad al-Maqdi al-Hadhrami -hafizahullah-, maka saya berkeinginan untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat dan juga khidmat kepada sheikh, ulama dan mazhab untuk menterjemah biografi pengarang kitab ini, moga-moga dengan terjemahan ini, lebih ramai di kalangan kita mengenali siapakah pengarang kitab ini dan apabila kenal maka akan ada cinta, apabila ada cinta kepada para ulama, maka akan juga ada cinta kepada kitab-kitab mereka, dan insyaAllah moga-moga kita mendapat syafaat mereka di akhirat kelak.
        Semoga Allah Taala memberikan taufiq dan hidayah buat kita semua, dialah yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan segala yang akan berlaku.
Wallahu a'lam.

ترجمة العلامة عبد الله بن عبد الرحمن بلحاج بافضل،مؤلف ((مسائل التعليم)) المعروف بـ ((المقدمة الحضرمية))

BIOGRAFI AL IMAM AL A'LLAMAH ABDULLAH BIN
ABDUL RAHMAN BALHAJ BAFADHL
(PENGARANG MASAEL ET TA'LEEM YANG TERKENAL DENGAN NAMA
AL MUQADDIMAH AL HADHRAMIYYAH)

v  Nama & Nasabnya
v  Keluarga & Keturunannya
v  Keluarga al-Hajj Ba-Fadhl (Qabilah pengarang)
v  Kelahirannya & Perkembangannya
v  Guru-gurunya
v  Sebab Pemindahannya ke as-Syehr
v  Usahanya Dalam Perkara Kebaikan
v  Anak-anak Muridnya
v  Karya & Penulisannya
v  Anak-anak & Cucunya
v  Kewafatannya
v  Syair Tentang Beliau
v  Sumber rujukan
Nama & Nasabnya
    Beliau ialah al faqeh al imam al a'llamah al a'rif billah, pemilik penulisan-penulisan yang bermanfaat, Abdullah bin Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhammad al-Hajj ibnu Abdul Rahman bin Abdullah bin Yahya ibnu al Qadhi Ahmad bin Muhammad bin Fadhl bin Muhammad bin Abdul Karim BaFadhl, al Qahtany, as Sa'dy, al Mazhijiy, al Hadhrami, at Taremi.
    Al Qahtany merupakan nisbah kepada Qahtan bin A'ber daripada zuriat Sam bin Noh AS, abu al Yaman kesemuanya tidak terkecuali, dan as Sa'dy nisbah kepada qabilah Sa'd, al Mazhijiy nisbah kepada Mazhij iaitu bapa kepada qabilah Sa'd ibnu Udad bin Zaid bin Yashjub bin U'raib bin Zaid bin Kahlan bin Saba' yang berakhir kepada Qahtan.
Keluarga & Keturunannya
      Tidak syak lagi bahawa apabila baik keturunannya maka baiklah cucu cicitnya, dan apabila kita mengetahui bahawa keturunan datuk nenek pengarang kitab ini, mereka merupakan kesemuanya ilmuwan, orang-orang yang baik dan bertaqwa dan memahami agama, bahkan sehingga anak-anak mereka dan hashiyah-hashiyah mereka serta cucu cicit mereka, dan jika kita nak sediakan sebahagian daripada kisah hidup mereka dan biografi-biografi mereka bermula dengan datuk-datuk yang terawal, maka perkara tersebut akan menjadi sangat panjang, tetapi kita biarkan peluang kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkara tersebut dengan merujuk kitab Silatul Ahl (صلة الأهل), maka dalam kitab ini terdapat khabar yang diyakini, bahawa kami akan mempersembahkan untuk menyebut mereka-mereka yang masyhur dalam imbasan-imbasan secara cepat daripada tiang nasab yang menceritakan biografinya.
       Maka datuknya yang tertinggi: Fadhl bin Muhammad bin Abdul Karim wafat pada tahun 533H merupakan salah seorang daripada para ulama yang mengamalkan ilmunya, seperti yang digambarkan oleh pengarang kitab Al Jauhar Ash Shaffaf (الجوهر الشفاف), dan dia merupakan bapa kepada sheikh Salim pemilik zawiyah di Tarim.
      Cucunya pula al Qadhi Ahmad bin Muhammad bin Fadhl wafat pada tahun 600H, dahulunya merupakan seorang yang memegang jawatan kehakiman (qadha) di Tarim, dan anaknya Yahya bin Ahmad merupakan seorang yang berilmu dan soleh, dan begitu juga anaknya Abdullah bin Yahya, dan cucunya Abdul Rahman bin Abdullah.

Keluarga al-Hajj Ba-Fadhl (Qabilah pengarang)
        Keluarga al Hajj kepada sheikh Muhammad al Hajj bin Abdul Rahman bin Abdullah, dan digelar dengan gelaran tersebut kerana banyak menunaikan haji, dan dia mempunyai banyak gelaran, dan telah jelas daripada keturunannya para ulama yang agung, dan salah seorang daripada mereka kedua-dua anaknya iaitu Abu Bakar dan Fadhl.
        Adapun Abu Bakar: Dia merupakan datuk yang paling bawah dengan pengarang Al Muqaddimah, merupakan salah seorang ilmuwan yang terkenal dan sheikh Omar al Mehdhar telah belajar daripadanya, dan anak saudaranya Abdullah bin Fadhl, dan anaknya Abdul Rahman bapa pengarang Muqaddimah. Sheikh Abu Bakar wafat pada tahun 804H.
       Sheikh Abu Bakar mempunyai empat orang anak lelaki: Abdul Rahman bapa kepada pengarang dan akan datang kisah berkenaannya dan Abdullah bapa kepada al faqeh Ahmad wafat tahun 900H, dan Muhammad yang merupakan guru kepada sebilangan alaweyyeen, dan Ahmad yang digelar Sya'ban merupakan datuk fuqaha keluarga BaSya'ban BaFadhl.
       Sekiranya kita pergi kepada menyebut nama-nama ulama Feqh di kalangan anak saudara kepada pemilik biografi, maka perkara akan menjadi panjang, dan hanya disebutkan di sini adalah bertujuan untuk memberitahu bahawa rumah ini adalah daripada rumah-rumah yang baik dan mulia, yang berterusan dalamnya ilmu dan fiqh.

Kelahirannya & Perkembangannya
   Beliau dilahirkan di Tarim pada tahun 850H. Beliau dibesarkan bersama bapa beliau sheikh Abdul Rahman yang wafat pada tahun 866H. Bapa beliau merupakan seorang yang berilmu dan baik, telah mengambil ilmu daripada bapanya sheikh Abu Bakar dan dididik olehnya dan daripada imam besar sheikh Omar al Mehdhar dan saudara-saudaranya, dan daripada sheikh imam Abdullah Al Edroos yang wafat pada tahun 865H.
    Sheikh Abdullah (pemilik biografi) telah menghafal Al Quran sejak kecil dan pelbagai matan dalam fiqh dan bahasa (lughah) dan telah sibuk mempelajari tajwid dan mengambil berat dengan fiqh dan hadith.


Guru-gurunya
   Selepas beliau mempelajari prinsip-prinsip ilmu dan menguasainya sebenar-benar penguasaan dengan bapanya dan para ulama Tarim, keazaman ke arah ilmu itu telah menjadi semakin kuat dan menjadi warganegara bandar A'den, di mana semasa itu A'den penuh dan melimpahnya para fuqaha pada zaman negara Tohiriyah dan di situlah beliau menuntut ilmu, dan antara guru-gurunya yang terkenal:
1.      Sheikh Imam al-Faqeh al-Mufti Abdullah bin Ahmad Bamakhramah as-Sibani (833-903H)
Merupakan seorang qadhi yang menggantikan gurunya al-Imam Ahmad bin Muhammad BaHamish al-'Adni (891H), dan beliau diijazahkan oleh gurunya Bamakhramah dalam semua riwayatnya.
2.      Sheikh Imam al-Faqeh Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Ba-Fadhl (840-903H). Telah menuntut ilmu di Tarim kemudian bermusafir untuk menuntut ilmu di A'den, dan keluar menuntut ilmu dengan al qadhi Muhammad bin Ahmad BaHamesh dan al qadh Muhammad bin Mas'ud BaSyakel dan antara penulisannya yang terkenal ialah al-U'ddah wa as-Silah fi Ahkam an Nikah.
   Kemudian dia bermusafir ke al Haramain as Syarifain untuk menunaikan Haji dan Umrah, maka dia pergi pada tahun 875H, dan dia menunaikan haji dan menziarahi Sayyidul Kaunaian Rasulullah SAW, dan bertemu dalam permusafiran tersebut dengan beberapa orang ulama besar di sana dan sebahagian ulama tarikh telah menyebutnya: Antara ulama Mekkah ialah:
3.      Al A'llamah al Jalil al Qadhi Burhanuddin Ibrahim bin Ali bin Zahirah al Qurasyi, al Makkiy, Ash Shafi'e (825-891H) yang telah menjadi qadhi di Mekkah selama lebih dari 30 tahun. Beliau merupakan rujukan para ulama zamannya di Hijaz. Telah menuntut ilmu daripada al Hafiz Ibnu Hajar dan Ash Sharaf Al Munawi dan juga telah bermulazamah (menuntut dalam tempoh yang lama) Abu Bakar As Sayuti iaitu bapa kepada al Imam Jalaluddin As Sayuti dan keluar menjadi qadhi daripada beliau.
Antara ulama besar di Madinah pula ialah:
4.      Al Allamah al Muhaddith Nasiruddin Muhammad Aba al Faraj ibnu Abi Bakar ibnu al Husain al Maraghi al Uthmani ash Shafi'e al Madani (806-880H). Beliau telah menuntut ilmu dengan Ibnu Al Jazari dan al wali al Iraqi dan al Hafiz Ibnu Hajar dan ramai lagi ulama besar. Beliau juga ada mengarang syarah kepada Minhaj Imam An Nawawi dan syarah kepada Alfiyah ibnu Malik dan selainnya.

   Sebelum beliau bermusafir ke al Haramain beliau telah pergi menuntut ilmu di Hadhramaut dan telah bertemu dengan:
5.       Sheikh Al Arif Billah Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad Baharmaz Asy Syabami wafat pada tahun 875H, dan telah mengambil ilmu daripadanya dengan sebenar-benarnya dan terpengaruh dengan ilmu dan gayanya dan menjalankan segala perintah gurunya dan ziarahnya merupakan bersuhbah sheikhnya al faqeh Abdullah bin Ahmad Bamakhramah yang juga beliau terpengaruh dengan ilmu dan gayanya.
Antara guru-gurunya yang lain:
6.      Al Allamah al Jalil al Faqeh as Soleh al A'rif Muhammad bin Ahmad bin Abdullah Bajarfel Ad Dau'ani al Hadhramy kemudian berhijrah ke A'den (820-903H).
   Beliau telah menuntut ilmu daripada ulama besar yang merupakan juga fuqaha Dau'an dan A'den dan telah bersahabat dengan al Qadhi Muhammad bin Mas'ud Basyakel, dan telah ulama al Haramain telah mengijazahkannya, dan dia mempunyai sanad tinggi dalam al Hawi as Sogher oleh al Qazwiny yang merupakan beliau meriwayatkannya daripada sejumlah guru-gurunya. Beliau telah mengambil daripada pengarang Muqaddimah Al Hadhramiyyah ijazah bertulis dan dia mempunyai anak-anaknya antaranya Abdul Rahman, Ahmad as Syahid, Fadhl dan Muhammad.

Ulama Sezamannya
Kita telah menceritakan sebelum ini bahawa pengarang Muqaddimah ini dilahirkan dan dibesarkan di Tarim dalam keadaan yang penuh ilmu dan kebaikan, dan telah sezaman dengan beberapa ulama antaranya:
1.      As Sayyid Asy Syarif al Imam Abu Bakar al A'dani ibnu Abdullah Al Edroos (850/851-914H). Dan beliau merupakan sezaman dan sebaya dengan sheikh Abdullah Balhajj Bafadhal, walaupun begitu sheikh telah mengambil ilmu daripadanya dan menganggapnya salah seorang daripada gurunya.
2.      Adiknya as Sayyid al Jalil as Sheikh al Husein bin Abdullah Al Edroos (860-917H).
3.      Sayyid as Syarif al Allamah Abdul Rahman bin sheikh al Imam Ali bins Abi Bakar as Sakron (850-923H) dan beliau juga merupakan sebaya dengan sheikh Abdullah Balhajj Bafadhal.
   Al Faqeh Abdullah bin Muhammad bin Hakam Baqashir meriwayatkan bahawa: Ketika aku membaca Muqaddimah Syarah Muhazzab karangan Imam an Nawawi tentang manaqib al Imam Ash Shafi'e rahimahullah yang pada zaman beliau ramai ulama-ulama besar bermusafir untuk bertemu dan mempelajari daripada beliau bersama Sidi Sheikh Syarif Abdul Rahman bin Sheikh Ali bin Abi Bakar Alwi, beliau berkata: Manusia ini mereka tidak ada i'ktiqad, kalau tak dah lama mereka akan bermusafir untuk menuntut ilmu dengan al Faqeh Abdullah (pengarang Muqaddimah) dan dia merupakan imam Shafi'e kita.
   Beliau juga berkata pada Rejab 915H: Pada aku, hari ini tidak ada seorang yang sangat faqeh seperti al faqeh Abdullah Balhajj.
4.      Sheikh al Allamah al Imam al Fahhamah al Mutafannin pemilik kitab-kitab yang sangat bermanfaat : Muhammad bin Omar bin Mubarak Bahraq (869-930H), telah berteman dengan sheikh Abdullah Balhajj Bafadhl semasa menuntut ilmu dengan al Imam Abdullah bin Ahmad Bamakhramah, dan telah berkongsi bersamanya dalam pembacaan bersama al Allamah Muhammad bin Ahmad Bafadhl di A'den.
   Sheikh sangat suka kepada sheikh Abdullah dan sangat menghormatinya, sebahagian ulama sejarah telah meriwayatkan bahawa al faqeh Bahraq telah berdiri memberi khutbah kepada orang ramai selepas mereka selesai tanam jenazah sheikh Abdullah Balhajj pada Isnin 5 Ramadhan 918H, dan pada masa itu ramai penduduk menghadiri dan ada di situ juga Sultan Badr Butuwiriq (Sultan Hadhramaut pada masa itu) berada di sampingnya, dan dalam khutbah itu sheikh bersyukur dan memuji Allah Taala dan menyampaikan sebuah khutbah yang sangat memberi kesan kepada pendengar, dan sheikh telah menyebut dalam khutbah tersebut hadith Rasulullah SAW: Barangsiapa yang melihat aku di dalam tidurnya, maka dia telah melihat aku yang sebenarnya.
   Kemudian dia berkata: Pada malam semalam aku telah melihat Sayyiduna Rasulullah SAW dan bersabda baginda: Semua yang datang hadir solat jenazah ini pada esok hari akan diampunkan Allah Taala baginya dosa-dosanya.
   Telah berkata sheikh al A'rif Abdul Rahman bin Sirajuddin Bajamal: Aku sangat kagum daripada khabar tersebut dan aku sangat memuliakannya, dan aku berkata: Bagaimana boleh berlaku perkara ini dan ini merupakan suatu perhimpunan yang sangat ramai dan dalam perhimpunan ini ada di kalangan mereka ini orang-orang yang zalim dan fasiq? Maka aku melihat pada malam tersebut Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau merasa mulia dengan apa yang dikatakan oleh Muhammad Bahraq?? Aku menjawab: Ya, maka baginda bersabda: Ia adalah seperti apa yang dinyatakannya. (Berakhir kisah ini) 

Akan bersambung akan datang tentang sebab perpindahan sheikh ke bandar Shehr, Yaman dan seterusnya insyaAllah. Mohon doa para pembaca sekalian. 


Disediakan oleh:
Barisan Pentahqiq Dar Al Minhaj Publication
Diterjemahkan oleh:
Al-Faqeer Muhammad Hafeez bin Yusuf Al Habshi
Khadam Muslimin, Kaherah, Mesir.

25 MUHARRAM 1434H / 8 DISEMBER 2012



SIAPAKAH YANG DIBERI GELARAN IMAM BUKHARY DI ANDALUS ?

Siapakah ulama hadith yang agung di Andalus sehingga digelar oleh ulama Hadith pada zamannya dan selepasnya sebagai '' IMAM BUKHARY ANDALUS / MAGHRIB " ?Jawapannya:
  •  Al Hafiz al Imam Abu Omar Yusuf bin Abdullah yang masyhur dikenali sebagai Ibnu Abdil Barr Al Andalusi Al Maliki rahimahullah.
  •    Diriwayatkan bahawa beliau lahir pada hari Jumaat waktu imam sedang berkhutbah di atas mimbar tahun 368 H dan wafat pada malam Jumaat 463 H dan umur beliau mencecah 95 tahun.
  •    Merupakan salah seorang tokoh besar mazhab Maliki, malah beliau merupakan mujtahid mutlaq kerana dalam kitabnya al istizkar al jame' syarah muwatta imam Malik, al imam mengkaji kesemua dalil Al Quran, As Sunnah, Ijma, fatwa dan amalan para sahabat, fatwa dan amalan para tabie'an, tabi' tabi'en, sehingga ke zaman fuqaha empat mazhab, dan sehingga ke zamannya, dan mengkaji kesemua sanad dan aqwal serta pandangan2 fuqaha dan ulama serta memastikan sanad mestilah thabit dan betul.
  •    Bukan mudah untuk mengumpul semua ini dalam penulisan sehingga al imam ibnu Hazm al Andalusi (tokoh ulama besar mazhab zohiri) mengatakan:                                              " Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan al imam ibnu Abdil Barr dalam feqh dan hadith, bagaimana pula lebih baik daripadanya?"
  • Antara perkara lain yang boleh dipetik ialah al imam merupakan anak yatim sejak kecil di mana bapanya telah wafat dan beliau masih kecil lagi. Jika kita perhatikan ramai ulama besar begitu, imam Shafi'e juga dididik dan dibesar oleh ibu, imam Malik juga dididik dan dibesarkan oleh ibu, dan ramai lagi seperti yang tertulis dalam kitab2 tarajim ulama, radhiallahu anhum ajmai'en mereka menjadi ulama besar hasil usaha ibu mereka. Subhanallah betapa besar dan agungnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak mereka dan menentukan masa depan anak mereka.
Kesimpulan
Semasa saya membaca muqaddimah kitab al istizkar dan membaca sebahagian kupasan al imam dalam bab waktu solat jilid pertama dan sikit bahagian jilid kedua dalam bab toharah, memang sangat tak terkata tentang kehebatan beliau dalam banyak ilmu bukan sahaja feqh dan hadith, tetapi juga fiqh muqaran, fiqh sahabat, fiqh tabi'en, ilmu lughah, tafsir, balaghah, jarh wa ta'del dan sebagainya. Bacalah sebahagian yang terkandung dalam kitab ini, antum akan lihat betapa agungnya al imam ibnu Abdil Barr rahimahullah.
   Jom sama2 kita manfaatkan apa yang kita pelajari kepada kenalan2 kita dan juga umat Islam. Moga kita semua memperoleh kebaikan dan setiap kebaikan itu semuanya datang dari Allah Taala yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Wallahu a'lam.
"Ya Allah ampunilah segala dosa kedua ibubapa kami, dan sentiasalah rahmati dan berkati mereka ameen".
download

(Gambar kitab di atas adalah kitab al istizkar yang dimaksudkan, dan al imam mengarang banyak kitab dalam banyak bidang rujuk muqaddimah muhaqqiq kitab ini untuk perincian)

SEBAHAGIAN KITAB-KITAB YANG DIPERLUKAN OLEH MEREKA YANG INGIN MENDALAMI BIDANG AGAMA





(Sheikh Mahmud diziarahi Sheikh Nuruddin, Kaherah Mesir)

Perkongsian dari al fadhil Ustaz Tariq At Tamfini anak murid khusus Sheikh Dr Sai'ed Mamduh (ulama besar hadith di Mesir)
Dibentangkan oleh Al-Allamah Al-Muhaadith Dr. Mahmud Sa’id Mamduh Al-Qahiri As-Syafie atas permintaan para pelajar yang meminta panduan untuk membeli kitab-kitab penting di Ma’rod Kutub Antarabangsa di Kaherah .

Boleh juga dijadikan panduan buat sahabat-sahabat yang nak mengetahui tentang kitab yang perlu dibeli dan dimiliki dan boleh dibeli walaupun selepas berakhir ekspo buku antarabangsa kerana kitab-kitab ini kebanyakannya dijual di maktabah-maktabah di Kaherah, Mesir. Maka sama-samalah kita memperoleh manfaat dari kalam salah seorang ulama besar Mesir dalam bidang hadith dan fiqh malah pelbagai ilmu masyaAllah.

Kitab-kitab Fiqh Syafie :

1.) Kitab Fathul Qarib : (Syarah matan Abi Syuja’ yg paling penting) karangan Ibn Qasim Al-Ghazzi
- Bersama kitab hasyiahnya : hasyiah Imam baijuri atas Syarah ibn Qasim
- Dan Hasyiah Syeikh nawawi Al-Bantani atas syarah ibn Qasim2.) Kitab Iqna’ : syarah kepada Matan Abi Syuja’ karangan Imam Khotib Syarbini.
- Hasyiah kepada Iqna’ amat paling bernilai : Hasyiah Syeikh Bujairimi ala Iqna’.
3.) Kitab Yaqut Nafis ala Mazhab Ibn Idris: karangan Sayyid Ahmad Bin Umar As-Syatiri
4.) Kitab Minhaj Tolibin : karangan Imam Nawawi dan 4 kitab syarah Minhaj yang paling penting :
- Tuhfatul Muhtaj : karangan Imam Ibn hajar Haitami bersama hasyiahnya karangan Imam Syarawani dan Imam Ibn Qasim AL-Abadi.
- Nihayatul Muhtaj : Karangan Imam Romli
- Mughni Muhtaj : karangan Imam Khotib Syarbini
- Kanzul Roghibin : karangan Imam Mahalli bersama hasyiahnya karangan Syeikh Qalyubi dan Syeikh Umairah.
5.) Kitab Fathul Wahhab : syarah Manhaj Tullab karangan Syeikhul Islam Zakaria Al-Ansori.
6.) Kitab Majmu’ : karangan Imam Nawawi syarah kepada Muhazzab (karangan Imam Abi Ishaq As-Syirazi ). Kitab ini amat penting dan wajib dimiliki oleh semua penuntut ilmu Syarie.
7.) Al-Hawi Al-kabir : karangan Imam Al-Mawardi
Kitab-kitab lain yang berkaitan dengan Fiqh :
1.) Kitab Fawaid Makkiyah Fima Yahtajuhu Tolabah Syafieyah : karangan Sayyid Ahmad bin Alawi As-Saggaf.
2.) Mukhtasar Fawaid Makkiyah : karangan Sayyid Ahmad Bin Alawi As-Saqqaf tahqiq syeikh Yusuf Al-Mirasyli
3.) Khaza inus Saniyyah Fi Asyhuri Kutub Syafieyah : Karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili ( wajib dimiliki )
Kitab-kitab Nahu :
1.) Kitab Mukhtasar Jiddan : Syarah Matan Ajrumiah karangan Syeikhul Islam Sayyid Ahmad Bin Zaini Dahlan.
2.) Syarah Kafrawi : Syarah matan Ajrumiah karangan Syeikh Hasan Al-Kafrawi.
3.) Syarah matan Qatrun Nada : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.
4.) Syuzuz Zahab : Tahqiq Syeikh Muhyiddin Abdul Hamid.
5.) Syarah Ibn Aqil ala Matan ALfiyyah Ibn Malik.
6.) Kitab-kitab Nahu karangan Syeikh Muhammad Amin Al-Harari seperti Futuhaat Qayyumiah, Durarul Bahiyyah dll. ( dicetak dan dijual oleh Darul Minhaj )
Kitab-kitab Tafsir :
1.) Tafsir Imam Qurtubi ( kitab Tafsir yang paling penting )
2.) Tafsir Imam Nasafi
3.) Tafsir Imam Khazin
4.) Hasyiah Imam Sowi ala Jalalain.
5.) Tafsir Bahrul Madid ( Tafsir Isyari ) : karangan Imam Ibnu Ajibah Al-Hasani.
Kitab-kitab Mustolah Hadis:1.) Nuzhatun Nazor : syarah Nukhbatul Fikar karangan Syeikhul Islam Ibn hajar Asqalani, tahqiq Syeikh Nuruddin Itr.
Kitab –kitab Tauhid :1.) Tuhfatul Murid : Syarah Matan Jauharah Tauhid karangan Imam Baijuri
2.) Syarah Kharidah Bahiyyah : karangan Imam Dardir Al-Maliki, dengan Hasyiahnya karangan Syeikh Bakhit Muti’e.

Kitab-kitab Fatawa :
1.) Fatawa Imam Zakaria Ansori
2.) Fatawa Imam Romli
3.) Fatawa Syeikh Ismail Zain AL-Yamani
4.) Fatawa Al-madaniah : karangan Syeikh Sulaiman Al-Kurdi
5.) Al-Hawi lil Fatawa : Imam Suyuti ( semua karangan Hafiz Suyuti amat penting dan perlu dimiliki )
6.) Fatawa Ibn Hajar Al-Haitami
7.) Fatawa Syeikh Bakhit Al-Muti’e
8.) Fatawa Sayyid Abdullah Bin Siddiq Al-Ghumari
9.) Fatawa Syeikh Yusuf Ad-Dijwi
10.) Fatawa Imam Nawawi himpunan anak murib beliau : Syeikh Ala’uddin Al-Attor ( dijual di Darul Basyair Islamiah )
11.) Fatawa Imam Subki
12.) Fatawa Sayyid Alawi Bin Abbas Al-MalikiKitab-kitab Usul Fiqh :
1.) Syarah Matan Waraqat : karangan Imam Juwaini dengan Hasyiahnya Nafahat.
2.) Syarah Luma’ Imam Syirazi
3.) Matan Jam’ul Jawami : karangan Imam Subki ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Hijaz)
4.) Nihayatul Sul syarah Minhajul Wusul : karangan Imam Isnawi ( kitab usul Fiqh yang masyhur dikalangan Ulama Azhar )Kitab-Kitab Syarah Hadis :
1.) Kitab Fathul Bari syarah Sohih Bukhori: karangan Imam ibn hajar Asqalani ( Wajib dimiliki )
2.) Kitab Syarah Sohih Muslim : karangan Imam Nawawi, tahqiq @ hasyiah Al-Allamah Syeikh
Muhammad Amin Al-Harari.
3.) Syarah Imam Zurqani ala Muwatto’ Imam Malik.
4.) Subulus Salam : syarah Bulughul Muram karangan Imam Muhammad Bin Ismail As-Son’ani.
5.) Dalilul Falihin : syarah Riyadhus Solihin karangan Syeikh Ibn Allan
6.) Futuhaat Rabbaniyah : Syarah Azkar karangan Syeikh Ibn Allan.
7.) Faidhul Qadir : syarah Jami Soghir karangan Imam Munawi ( wajib dimiliki )
Kitab-kitab sirah & Tobaqat :
1.) Nurul Yaqin : karangan Syeikh Khudari .
2.) Tobaqat Syafieyah : karangan Imam Subki
3.) Tobaqat Sufiah : Karangan Imam Munawi
4.) Al-Kamil Fi Tarikh : Ibn Atsir ( kitab penting )
5.) Siyarul A’lam Nubala’ : Karangan Imam Zahabi tahqiq Syeikh Syua’ib Arnaut.

Kitab-Kitab Tasawwuf :
1.) Syarah Risalah Qusyairiah : karangan Syeikh Zakaria Al-Ansori
2.) Uhud Muhammadiah : karangan Syeikh Abdul Wahhab Sya’rani
3.) Targhib wa Tarhib : karangan Hafiz Al-Munziri
4.) Iqazul Himam : syarah Matan Hikam Ato’iyyah karangan Ibn Ajibah Al-Hasani.
5.) Ihya’ Ulumuddin : Karangan Imam Al-Ghazali ( wajib dimiliki )
6.) Takhrij Hadis2 Ihya’, karangan Al-Hafiz Iraqi dan Al-Hafiz Murtadha Az-Zabidi.
Kitab-kitab Para Ulama Muasarah :
1.) Kitab- kitab karangan Ulama Hijaz ( Makkah ) :
- Kitab-kitab Syeikh Yasin Ibn Isa Al-Fadani Al-Hasani
- Kitab-Kitab Syeikh Ahmad Jabir Jubran ( dicetak dan dijual buat pertama kali oleh Darul Minhaj)
- Kitab-kitab Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al-Maliki Al-Hasani ( kitab-kitab beliau wajib dimilki)
- Kitab- kitab Syeikh Abdullah Sa’id Lahji , khususnya kitab Qawaid Fiqhiyyah karangan beliau yang dicetak buat kali pertama , boleh didapati di Darul Basoir )
- Kitab-kitab Sadah Makkah yang lain seperti : Syeikh Ismail Zain Al-Yamani, syeikh Abdul Qadir Al-mandili, syeikh Ibrahim Al-Fatoni, Syeikh Zakaria Bila, Syeikh Hasan Al-Mahsyat, Sayyid Alawi Al-Maliki dan Masyaikh Makkah lain yg tidak terhitung jumlahnya.2.) Kitab- kitab karangan Ulama Maghrib :
- Kitab-kitab karangan Sadah Ghumariah @ Siddiqiah : Sayyid Abdullah, Sayyid Abdul Aziz, Sayyid Abdul Hayy ( Al-Ghumari ), Sayyid Ibrahim. kitab- kitab Sadah Ghumari amat bernilai dan mencakupi segenap bidang ilmu seperti Ilmu Hadis Tatbiqi, Fiqh dan usul, Aqidah, Tasawwuf dll. ( Banyak dijual di Maktabah Al-Qaherah ). Begitu juga karangan anak anak murid mereka seperti : karangan Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh, Sayyid Abdullah Talidi, Syeikh Farouq Hammadah, Sayyid Nabil Al-Ghamri dll.
- Kitab-kitab karangan Sadah kittaniyin , seperti Sayyid Abdul kabir Al-Kittani, Sayyid Muhammad Bin Ja’afar Al-Kittani, Sayyid Abdul Hay Al-Kittani dll.
3.) Kitab-kitab karangan Sadah Ba’lawi dari Hadhramaut,hijaz dan lain-lain Negara. Karangan mereka meliputi kitab-kitab Fiqh Syafie, Nahu, Tasawwuf, Sirah dll. terlalu banyak, tak mampu di senaraikan (kitab-kitab ini penting dan wajib dimiliki )
4.) Kitab-kitab karangan Ulama Al- Azhar :
- Karangan Syeikh Muhammad Bakhit Al-Muti’e
- Karangan Syeikh Yusuf Dijwi
- Karangan Syeikh Zahid Al-kausari ( keseluruhan kitab-kitab beliau dicetak sekaligus sebanyak 10 jilid dan dijual Darul Kutub Ilmiah )
- Karangan Syeikh Salamah Al-Azzami
- Karangan Ulama Azhar yang lain seperti Karangan Syeikh Soleh Ja’fari, Syeikh Hafiz Tijani, Syeikh Muhammad Kholil khotib, Syeikh Judah Al-Mahdi, Syeikh Zaki Ibrahim, Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf, Syeikh halim Mahmud dan Ulama Azhari lain yang tidak terhitung jumlahnya.

 Image


* Nasihat Khas dari Al-Allamah Al-Muhadith Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh buat para penuntut ilmu : “ Penguasaan ilmu itu diperolehi bukan dengan banyak membaca kitab, tetapi dengan menekuni setiap kitab dibaca.
Mengkhatamkan sebuah kitab dari kulit ke kulit di hadapan para Masyaikh dengan tekun lebih bermanfaat bagi penuntut ilmu daripada membaca 10 buah kitab tapi tidak faham isi kandungannya .”

- Ada kitab-kitab penting yang tidak disenaraikan diatas kerana senarai ini diimla’kan oleh Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh secara spontan dalam Majlis beliau. Sebarang persoalan dan kekeliruan amat dikesalkan.

- Sebarang kesalahan Fakta dan maklumat dalam senarai ini adalah berpunca dari pencatit yang mencatit senarai ini, sebarang kesalahan diminta agar ditegur.
- Risalah ini bebas disebarkan dan dikhidmatkan tanpa minta izin dari sesiapa.
Sekian. (via Ustaz Toriq, Universiti Al Azhar)

Kesimpulan
    Sebenarnya banyak lagi yang tak disebut dan sebagai mahasiswa kita harus bijak dalam bertindak dan melakukan sesuatu. Paling penting ialah kita mempunyai walaupun sebuah kitab dan untuk membeli ianya bergantung kepada kemampuan kita untuk memiliki kesemua kitab ini kerana tidak semua mampu membeli kitab.
   Kemudian harus juga diingatkan bahawa sekiranya kita mampu janganlah kita mengira untuk membeli kitab-kitab yang bermanfaat kerana kemungkinan kita tidak nampak atau kurang sedar bahawa betapa perlunya kita kepada sumber-sumber ini pada masa akan datang, jadi lebih baik berbelanja besar dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan itu tidak dianggap sebagai pembaziran.

Wallahu a'lam. (Ada beberapa cadangan saya tidak letakkan dalam post ini atas alasan

PENERANGAN BEBERAPA MUSTOLAH PENTING DALAM ILMU HADITH

                                                                 بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه واتبع هداه

Kita biasa dengar beberapa perkataan atau mustolah dalam kitab-kitab hadith atau kitab-kitab lain selain hadith yang berkaitan dengan hadith, kemungkinan sebahagiannya tidak jelas atau kurang faham apakah maksud mustolah-mustolah tersebut.
   Antara contoh yang saya boleh bawakan ialah hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Bulughul Maram karya al Imam Ibnu Hajar al Asqalany yang merupakan salah seorang ulama besar hadith pada kurun ke-9 dan kitab ini merupakan rujukan besar para fuqaha dan ulama hadith dalam bab hadith-hadith yang dijadikan nas permasalahan fiqh.



InsyaAllah penerangan secara terperinci berkenaan kitab akan saya jelaskan dalam artikel akan datang.Berikut adalah mustolah dan penerangan:

a) Muttafaqun a'laih (متفق عليه):
Hadith yang dipersetujui kesohehannya oleh dua imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary dan Muslim.

b) Riwayat Imam Tiga ( رواه الثلاثة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh tiga imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasaie.

c) Riwayat Imam Empat ( رواه الأربعة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh empat imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie dan Ibnu Majah.

d) Riwayat Imam Lima ( رواه الخمسة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh lima imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal.

e) Riwayat Imam Enam ( رواه الستة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh enam imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary, Muslim,  Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah juga digelar ashab sunan sittah.

f) Riwayat Imam Tujuh ( رواه السبعة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh tujuh imam besar dalam hadith iaitu Ahmad,  Al Bukhary, Muslim,  Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah.

Saya bawakan dua contoh, contoh pertama bagi muttafaqun alaih dan contoh kedua adalah contoh bagi jenis riwayat Imam Lima:


  • Contoh hadith pertama:
Abu Hurairah RadhiAllahu a'nhu bahawa Rasulullah sallallah alaih wasallam bersabda: Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang dah biasa berpuasa, maka dia dibolehkan untuk berpuasa. Muttafaqun alaih


  • Contoh kedua:
Rafi' bin Khadij radhiAllahu a'nhu bahawa baginda nabi sallallah alaih wasallam bersabda: Sembahyanglah Subuh pada waktu masih benar-benar Subuh kerana ia lebih besar pahalanya bagimu. Riwayat Imam Lima. Hadith Soheh menurut Tirmizi dan Ibnu Hibban.


(Rujuk kitab Bulughul Maram )


kesimpulan

   Ini sahaja untuk post kali ini. InsyaAllah akan datang banyak lagi post ilmiah tetapi disebabkan kekangan masa saya tidak banyak menulis. Moga bermanfaat.

   Semoga maklumat ini berfaedah buat teman-teman yang mencintai ilmu hadith baginda sallallah alaih wasallam .

Terima kasih kepada semua pembaca. Sebarang komen, teguran dan nasihat amat dialu-alukan. Wallahu a'lam.

Renungan bersama:
"Berkata seorang guru murabbi kepada anak-anak muridnya:Cinta dan sayanglah nabi kita kekasih kita sayyiduna Muhammad sallallah alaih wasallam setiap hari dan setiap masa kerana tidak ada satu detik dalam hidupnya melainkan dia sentiasa memikirkan kita (umatnya) dan sentiasa sayang dan mencintai kita." Subhanallah (^_^)

Wahai Al-Azhari...




(Sheikh Dr Usamah al Sayyid al Azhary, ulama besar Mesir)
Bismillah
Walaupun kita bukanlah pelajar Universiti Al Azhar tetapi kandungannya secara umum boleh diikuti dan dijadikan panduan buat kita selaku mahasiswa bidang agama, dan selaku ustaz atau ustazah.
Jagalah nama baik agama kita dengan mempraktik isi kandungannya dan ianya tidak boleh dipraktik dengan baik dan betul melainkan setelah kita mengetahuinya dan percayalah untuk mengetahui tidak ada jalan lain melainkan dengan menuntut ilmu.
Wahai al-Azhari…
Siapakah kamu? Kenalilah nilai dirimu dan ketinggian kedudukanmu serta kemuliaan yang Allah s.w.t. letakkan kamu padanya.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang mewarisi ilmu dengan sanad yang bersambung dan metodologi yang tersusun dan muktabar.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang bersandar kepada sebuah institut keilmuan yang mana telah mengalir ilmu, petunjuk dan cahaya sejak seribu tahun lamanya.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang menyertai Al-Azhar Al-Syarif, yang mana dengan penyertaan tersebut, seseorang al-Azhari itu memperolehi segala kemuliaan.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang bertebaran di muka bumi ini dengan segenap usaha membawa kemakmuran, merealisasikan segenap tujuan-tujuan syariat, dan yang bersambung kepada generasi terdahulu dan menyumbang kepada generasi semasa.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang mewarisi warisan kenabian daripada sumbernya yang suci dan murni, lalu memikul amanah agama dengan segenap aqidahnya yang sahih, mazhab fiqhnya yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali) dan minuman kerohaian yang murni pada penyucian jiwa dan pembinaan akhlak.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang membina kemajuan, yang mana memancar dari kedua tanganmu mentari pengetahuan lalu melenyapkan gelap kesamaran dan kekeliruan, dan mereka yang ingin mengambil manfaat dapat mengikut petunjukmu dengan sifat pemurah Tuhanmu.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang menjadi ensiklopedia pengetahuan, berperanan secara meluas, sangat mementingkan kemaslahatan dan manfaat manusia, mencintai agamamu, mempunyai keprihatinan terhadap institusi-institusi keilmuan yang unggul yang telah berkhidmat kepada agama sejak seribu tahun dan lebih terutamanya al-Azhar al-Syarif itu sendiri.
Kamu ialah seorang al-Azhari, yang bersifat dengan penuh kesetiaan terhadap al-Azhar al-Syarif dan pemimpinnya yang terbesar (al-Imam al-Akbar) yang merupakan Sheikh al-Islam wa al-Muslimin, menjaga umat Muhammadiyyah ini dengan segenap kelompok, kumpulan dan hala tuju mereka, dengan mendekatkan mereka kepada kebaikan dan mencegah kemudaratan daripada mereka.
[Petikan daripada risalah Tanwir al-‘Uqul yang ditulis oleh Sheikh Ahmad Rabi’e Al-Azhari dan Sheikhna Dr. Usamah Al-Sayyid Mahmud al-Azhari, yang dikeluarkan oleh Maktab Risalah al-Azhar dan dicetak oleh Rabithah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia. M/s: 3-4]
Dinukilkan dari al fadhil Ustaz Raja Mukhlis al Azhary

TIP PERKAHWINAN (Secara ringkas)

TIP PERKAHWINAN (Secara ringkas)
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
- FB Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus -