بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه واتبع هداه
Kita biasa dengar beberapa perkataan atau mustolah dalam kitab-kitab hadith atau kitab-kitab lain selain hadith yang berkaitan dengan hadith, kemungkinan sebahagiannya tidak jelas atau kurang faham apakah maksud mustolah-mustolah tersebut.
Antara contoh yang saya boleh bawakan ialah hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Bulughul Maram karya al Imam Ibnu Hajar al Asqalany yang merupakan salah seorang ulama besar hadith pada kurun ke-9 dan kitab ini merupakan rujukan besar para fuqaha dan ulama hadith dalam bab hadith-hadith yang dijadikan nas permasalahan fiqh.
InsyaAllah penerangan secara terperinci berkenaan kitab akan saya jelaskan dalam artikel akan datang.Berikut adalah mustolah dan penerangan:
a) Muttafaqun a'laih (متفق عليه):
Hadith yang dipersetujui kesohehannya oleh dua imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary dan Muslim.
Hadith yang dipersetujui kesohehannya oleh dua imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary dan Muslim.
b) Riwayat Imam Tiga ( رواه الثلاثة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh tiga imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasaie.
Hadith yang diriwayatkan oleh tiga imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi dan An Nasaie.
c) Riwayat Imam Empat ( رواه الأربعة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh empat imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie dan Ibnu Majah.
Hadith yang diriwayatkan oleh empat imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie dan Ibnu Majah.
d) Riwayat Imam Lima ( رواه الخمسة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh lima imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal.
Hadith yang diriwayatkan oleh lima imam besar dalam hadith iaitu Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal.
e) Riwayat Imam Enam ( رواه الستة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh enam imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary, Muslim, Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah juga digelar ashab sunan sittah.
Hadith yang diriwayatkan oleh enam imam besar dalam hadith iaitu Al Bukhary, Muslim, Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah juga digelar ashab sunan sittah.
f) Riwayat Imam Tujuh ( رواه السبعة ) :
Hadith yang diriwayatkan oleh tujuh imam besar dalam hadith iaitu Ahmad, Al Bukhary, Muslim, Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah.
Hadith yang diriwayatkan oleh tujuh imam besar dalam hadith iaitu Ahmad, Al Bukhary, Muslim, Abu Daud, At Tirmizi, An Nasaie, dan Ibnu Majah.
Saya bawakan dua contoh, contoh pertama bagi muttafaqun alaih dan contoh kedua adalah contoh bagi jenis riwayat Imam Lima:
- Contoh hadith pertama:
Abu Hurairah RadhiAllahu a'nhu bahawa Rasulullah sallallah alaih wasallam bersabda: Janganlah engkau mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari, kecuali bagi orang yang dah biasa berpuasa, maka dia dibolehkan untuk berpuasa. Muttafaqun alaih
- Contoh kedua:
Rafi' bin Khadij radhiAllahu a'nhu bahawa baginda nabi sallallah alaih wasallam bersabda: Sembahyanglah Subuh pada waktu masih benar-benar Subuh kerana ia lebih besar pahalanya bagimu. Riwayat Imam Lima. Hadith Soheh menurut Tirmizi dan Ibnu Hibban.
(Rujuk kitab Bulughul Maram )
kesimpulan
kesimpulan
Ini sahaja untuk post kali ini. InsyaAllah akan datang banyak lagi post ilmiah tetapi disebabkan kekangan masa saya tidak banyak menulis. Moga bermanfaat.
Semoga maklumat ini berfaedah buat teman-teman yang mencintai ilmu hadith baginda sallallah alaih wasallam .
Terima kasih kepada semua pembaca. Sebarang komen, teguran dan nasihat amat dialu-alukan. Wallahu a'lam.
Renungan bersama:
"Berkata seorang guru murabbi kepada anak-anak muridnya:Cinta dan sayanglah nabi kita kekasih kita sayyiduna Muhammad sallallah alaih wasallam setiap hari dan setiap masa kerana tidak ada satu detik dalam hidupnya melainkan dia sentiasa memikirkan kita (umatnya) dan sentiasa sayang dan mencintai kita." Subhanallah (^_^)
No comments:
Post a Comment