"Bersama berkhidmat untuk ummah. '' Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat '' -al hadith-

Monday 21 January 2013

PAKAR TAFSIR DI KALANGAN SAHABAT BAGINDA sallallah alaih wasallam


بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه واتبع هداه، وبعد

   Kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah sallallah alaih wasallam telah mewarisi ilmu dan tidak mewarisi harta. Antara ilmu yang diwarisi ialah ilmu tafsir yang merupakan ilmu yang sangat penting untuk menerangkan kehendak atau maksud ayat-ayat Al Quran yang merupakan kalam Allah SWT. Allah SWT telah menurunkan Al Quran kepada baginda rasulullah sallallah alaih wasallam dan baginda telah mengajarnya kepada sahabat, para sahabat pula mengajarnya kepada tabi'en dan begitulah seterusnya.
(Gambar sekadar hiasan)


    Kita harus tahu bahawa tidak semua sahabat yang menghadiri majlis ilmu Rasulullah sallallah alaih wasallam. Oleh itu setiap sahabat ada kepakarannya samada dalam ilmu periwayatan seperti yang dipelopori oleh sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadith iatu Abu Hurairah ra dan juga dalam ilmu-ilmu lain termasuklah ilmu tafsir. Maka dalam penulisan ini akan saya rungkai siapakah di kalangan sahabat baginda yang banyak meriwayatkan ilmu tafsir dan menjadi rujukan besar di kalangan sahabat dan tabi'en dan maklumat ini telah saya petik daripada kitab Tafseer wal Mufassirun. 

    Ilmu tafsir yang dikenali di kalangan sahabat tidaklah ramai, mereka menyebut tentang Al Quran samada secara langsung atau menggunakan orang tengah, dan apa yang telah mereka saksikan tentang sebab penurunan sesebuah ayat Al Qur'an dan apa yang telah Allah bukakan bagi mereka keluasan dalam memahami untuk mentafsir dengan pemikiran dan ijtihad mereka.

   Al Imam Al Hafiz As Sayuti -rahimahullah- telah meletakkan bilangan sahabat baginda Rasulullah SAW yang menjadi rujukan dalam ilmu tafsir dan mereka terdiri daripada:

1.      Khulafa empat (Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali ra)
2.      Abdullah bin Mas'ud ra
3.      Abdullah bin Abbas ra
4.     Ubai bin Ka'ab ra
5.     Zaid bin Thabit ra
6.     Abu Musa Al Asy'ari ra
7.     Abdullah bin Zubair ra

   Di sana ada beberapa orang sahabat baginda selain yang disebut di atas yang bercakap tentang tafsir seperti Anas bin Malik ra, Abu Hurairah ra, Abdullah bin Omar ra, Jabir bin Abdullah ra, Abdullah bin Amr bin Al A'as, Aisyah ra, tetapi riwayat tafsir daripada mereka ini adalah amat sedikit dan mereka para sahabat ra yang disebutkan tadi tadi tidak masyhur di kalangan mereka yang menafsirkan Al Quran seperti sepuluh sahabat baginda yang disebutkan oleh As Sayuti.

   Mereka berbeza dengan banyak atau sedikit riwayat dalam tafsir, maka Abu Bakar, Omar dan Othman tidak diriwayatkan daripada mereka dalam tafsir melainkan sangat sedikit dan antara sebabnya ialah kerana mereka antara yang terawal wafat di kalangan sahabat dan kerana kesibukan mereka dalam hal ehwal negara sebagai khalifah dan pembukaan kota-kota pada zaman mereka dan selain itu sebahagian ulama mengatakan kerana mereka berada di kalangan para sahabat yang sangat a'lim dengan Al Quran, yang mengetahui rahsia di sebalik makna-makna ayat-ayatnya, yang sangat arif dengan makna-makna yang mendalam serta hukum-hakam yang terdapat dalamnya, yang disempurnakan dengan pengetahuan mereka dengan lafaz-lafaz kalimah-kalimah Arab, yang menyebabkan mereka tidak dirujuk dalam bab tafsir seperti selain mereka.

   Manakala Ali bin Abi Talib ra maka dia adalah antara khulafa Rasyidin yang paling banyak meriwayatkan dalam ilmu tafsir Al Quran, dan sebabnya adalah kerana beliau tidak seperti tiga khalifah sebelumnya yang memegang jawatan khalifah, dan beliau sepanjang masa itu tidak memegang jawatang khalifah sehinggalah kewafatan Othman bin A'ffan ra dan juga sebab kewafatan beliau yang lewat berbanding sebelumnya pada zaman di mana masyarakat Islam sangat memerlukan mereka yang menafsirkan kepada mereka makna-makna yang tersirat di sebalik ayat-ayat Al Quran dan faktor berlakunya hal ini adalah kerana negara Islam yang semakin luas, ramai orang masuk Islam di kalangan Arab dan a'jam (bukan Arab) di mana yang menjadi seorang yang sangat mahir dalam ilmu bahasa Arab.




   Begitu juga sebab bagaimana boleh terjadi banyaknya riwayat dalam ilmu tafsir Al Quran daripada Ibnu Abbas ra, Ibnu Mas'ud ra, Ubai bin Ka'ab, dan ini adalah kerana keperluan manusia pada zaman mereka kepada mereka, dan sifat-sifat umum yang membawa kepada kemampuan mereka dalam menafsir dan tidak tertinggal juga Ali bin Abi Talib ra, dan sifat-sifat yang dimaksudkan ialah:

1.      Kekuatan mereka dalam bahasa Arab
2.      Penguasaan mereka tentang keadaan dan uslub2 Arab
3.  Mereka tidak susah dalam mengeluarkan ijtihad dan apa yang mereka tetapkan hasil ijtihad mereka (dalam ilmu tafsir)
4. Pergaulan dengan rasulullah saw dalam tempoh yang panjang yang memampukan mereka mengetahui peristiwa-peristiwa yang diturunkan semasanya ayat Al Qur'an, melainkan Ibnu Abbas RA kerana beliau tidak bersama rasulullah SAW pada masa mudanya kerana rasulullah SAW wafat dan beliau ketika itu baru berumur 13 tahun atau yang berdekatan dengannya, tetapi kewafatan baginda itu digantikan dengan beliau bermulazamah iaitu bersama dalam tempoh yang lama mempelajari tafsir Al Quran daripada sahabat-sahabat baginda yang agung dan meriwayatkan tafsir daripada mereka.

   Manakala baki sepuluh para sahabat yang lain iaitu Zaid bin Thabit, Abu Musa Al A'syari, Abdullah bin Zubair, difahami bahawa walaupun mereka ini masyhur dalam meriwayatkan tafsir tetapi riwayat daripada mereka adalah sedikit tidak sampai kepada jumlah banyaknya riwayat mereka empat (Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud, Ubai dan Ali) yang banyak meriwayatkan tafsir.

   Sekiranya kita ingin membuat susunan secara tertib periwayatan sahabat  yang paling banyak meriwayatkan ilmu tafsir Al Quran, maka susunannya adalah seperti berikut:

a) Abdullah bin Abbas ra
b) Abdullah bin Mas'ud ra
c) Ali bin Abi Talib ra
d) Ubai bin Ka'ab ra

Moga maklumat ini bermanfaat buat semua pembaca dan mohon maaf andai terdapat salah silap dalam penulisan ini. 

Saya mempersilakan sebarang komen dan nasihat serta tunjuk ajar daripada pembaca sekalian moga Allah Taala kurniakan hidayah dan taufik buat kita semua. 

Jazakumullah kher.

Wallahu a'lam bessawab.

(Tafsir dan ulama tafsir oleh Dr Husein Az Zahabi m/s 49-50)


Sunday 20 January 2013

ULUM AL MAQASID&ULUM AL WASA'IL


(Gambar sekadar hiasan)   

   Ulama telah membahagikan ilmu-ilmu agama ini kepada dua bahagian 

  •  Ilmu yang ingin dicapai Ulum Al Maqasid (علوم المقاصد
  •  ilmu yang menjadi perantaraan untuk mencapai ilmu yang ingin dicapai Ulum al Wasa'il (علوم الوسائل).

 Ilmu fiqh adalah salah satu bahagian daripada Ulum al Maqasid manakala lughah (bahasa) adalah salah satu bahagian daripada Ulum al Wasa'il. Contohnya untuk memahami fiqh, kita memerlukan ilmu Nahw dan Sorf kerana ilmu fiqh dipetik daripada sumber-sumbernya yang tertentu antara sumber utama ialah Al Quran dan As Sunnah.

   Siapa yang memetik fiqh daripada nas-nas? Merekalah para fuqaha yang telah menyusun dan membukukannya maka banyaklah kitab-kitab fiqh ditulis.

   Bagaimana kita hendak memahami perbahasan mereka berkenaan hukum hakam jika kita tidak memahami bahasa Arab yang terdiri daripadanya banyak pecahan seperti Nahw, Sorof, Ma'ani, Bade', atau Balaghah dan sebagainya.

   Ilmu Usul al Fiqh juga salah satu cabang daripada Ulum al Wasa'il. Ini adalah kerana untuk memahami fiqh, kita memerlukan ilmu Usul Fiqh yang mengajar kita kaedah dan peraturan untuk kita memetik nas dan bagaimana suatu ijtihad dan fatwa itu dikeluarkan dan sebagainya.

kesimpulan

    Maka ulama menulis juga kitab-kitab ilmu Usul Fiqh. Ini semua adalah antara contoh yang harus kita fahami dan perlu dikaji agar kita memahami konsep suatu ilmu dan tujuan suatu ilmu itu dipelajari. Moga bermanfaat.

   Bab ini saya petik dan ringkaskan daripada kitab Al Fawaid Al Makkiyah oleh al habib Ahmad bin Alwi As Saggaf Al Makki Ash Shafi'e rahimahullah. Untuk huraian lebih mendalam sila rujuk kitab yang disebutkan.

Mohon teguran, nasihat dan tunjuk ajar semua pembaca. Jazakumullah kher.
Wallahu a'lam

"Nabi sallallah alaih wasallam telah bersabda: '' Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat '' (al hadith) -au qama qaal-"

APAKAH YANG DIPERLUKAN OLEH SEORANG YANG DIGELAR FAQEH (PAKAR FIQH) ?





Para ulama dan fuqaha telah menyusun dan menulis berkenaan ilmu-ilmu yang diperlukan oleh seseorang untuk layak digelar seorang faqeh, dan ia adalah seperti berikut:

 Ulum al-Lughah terdiri daripada Nahw, Sorf, Balaghah

- Juga digelar ilmu alat iaitu dengan ilmu ini dapat memahami lafaz-lafaz serta kalimah-kalimah Arab yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah serta dapat memahami balaghah Al Quran dan As Sunnah yang tidak boleh difahami jika tidak pelajari.

Tafsir ayat al-ahkam / fiqh al Qur'an

- Merupakan tafsir ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.


Alhadith al-ahkam / fiqh al Hadith

- Merupakan tafsir hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.

 al-Qawa'ed al-feqheyyah

- Iaitu kaedah-kaedah yang terbina dengannya pelbagai permasalahan furu fiqh dan ianya berbeza dengan ilmu usul Fiqh.

 Usul al fiqh

- Iaitu ilmu yang membahaskan berkenaan bagaimana ilmu fiqh itu dipetik daripada sumber-sumbernya yang terdiri daripada sumber-sumber yang disepakati (seperti Al Quran, As Sunnah, ijmak dan qias) dan tidak disepakati (seperti masoleh al mursalah, al istihsan, al istishab, a'mal ahlul Madinah dsbgnya). Begitu juga ilmu usul fiqh ini membahaskan berkenaan hukum syarak, bahagian-bahagian hukum syarak kepada hukum taklifi dan wadhi'e, dan pelbagai lagi.

Tobaqat fuqaha / tarajim al-Fuqaha

- Merupakan sebahagian daripada ilmu sejarah dan mengetahui darjat serta tobaqat fuqaha mazhab tertentu dan mengetahui perihal fuqaha dan dengan ilmu ini diketahui mazhab fuqaha, tarikh wafat, manhaj dan akidah, kitab-kitabnya serta kelebihan dan pujian para ulama kepadanya.

Fiqh al mazhab & al muqoron

- Bermaksud mempelajari fiqh dalam salah satu mazhab empat muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Shafi'e dan Hambali kerana para ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh seseorang yang mempelajari fiqh boleh sampai ke tahap atau darjat seorang faqeh dan mujtahid melainkan dia telah menguasai permasalahan feqh salah satu mazhab dan antara buktinya ialah fuqaha-fuqaha yang tercatat dalam tarajim sebahagian besar mereka yang dilantik menjadi qadhi semuanya intimak kepada salah satu mazhab empat yang disebutkan. Begitu juga penguasaan fuqaha tentang mazhab selain mazhabnya akan membuatkan seorang faqeh itu memahami punca sebab perselisihan dan untuk mengenal pasti tarjeh suatu permasalahan dalam mazhab selain mazhabnya.

Mustolahat al feqheyyah

- Untuk menguasai permasalahan feqh, wajib bagi penuntut ilmu fiqh itu menguasai dan mendalami makna-makna serta lafaz-lafaz yang disebut dan ditulis oleh fuqaha dalam kitab-kitab mereka dan kalam-kalam mereka. Memahami mustolah sangat penting kerana seorang faqeh tidak akan digelar faqeh melainkan dia telah menghafal sebanyak mungkin mustolah fiqh yang muktamad di kalangan ulama.

 Fatawa al fuqaha al qudama wal mutaakhereen

- Bermaksud fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh fuqaha sejak zaman mujtahidin permulaan kurun kedua hingga fuqaha zamannya hendaklah dikaji dan difahami serta diteliti oleh penuntut ilmu fiqh. Ini adalah kerana apabila fatwa-fatwa ini dikaji, dipelajari serta difahami, para penuntut ilmu akan mula memahami bagaimana para fuqaha dan mujtahid mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri sebuah fatwa dikeluarkan dan bagaimanakah ilmu usul fiqh itu dipraktik secara halus dan mengikut kaedah yang ditetapkan.

Qodhoya al-Feqheyyah al-Mu'asoroh

- Bermaksud isu-isu permasalahan feqh kontemporari yang berlaku zaman sekarang yang tidak termaktub dalam kitab-kitab turath yang memerlukan kepada kajian dan penelitian dalam masalah-masalah baru. Dengan ilmu ini penuntut ilmu fiqh akan mendapat gambaran bahawa betapa pentingnya ilmu fiqh ini kerana ianya diperlukan sepanjang zaman dan bagaimana para fuqaha kini mengkaji permasalahan-permasalahan baru pada zaman yang makin moden dan canggih.

Masael al-Ijma'

- Ijmak-ijmak fuqaha mestilah diketahui oleh para penuntut ilmu yang ingin menguasai ilmu fiqh kerana tidak mengetahui ijmak ulama dalam permasalahan-permasalahan feqh akan membantutkan kefahaman dan menyebabkan ilmu fiqhnya tidak teratur malah boleh salah memberi jawapan sehingga melawan ijmak ulama.

Asbab ikhtilaf al-Fuqaha

- Bermaksud sebab-sebab ulama dan fuqaha berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum dan juga fatwa. Ini adalah sangat penting kepada penuntut ilmu feqh kerana mengetahui sebab perselisihan akan membawa kepada kefahaman yang lebih mendalam dan membawa kepada persefahaman yang lebih kukuh dan akan memahamkan mereka bahawa mengapa fuqaha berselisih.

Maqasid Asy Syari'ah
- Dengan ilmu maqasid Syari'ah, penuntut ilmu Fiqh akan dapat memahami hikmah pensyariatan suatu syari'at yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan ini sangat penting juga kepada seorang faqeh untuk menjawab persoalan-persoalan feqh yang terdiri daripada pelbagai latar belakang orang yang bertanya dan dengan mengetahui maqasid ia memudahkan orang yang bertanya untuk faham dan mudah untuk seorang faqeh menjawab permasalahan yang ditimbulkan.

kesimpulan


Ini hanyalah sebahagian. Kalam dalam bab ini perlukan perincian dan penerangan, ala kulli hal ini hanya secar rambang atau gambaran umum.

InsyaAllah nanti ana bawak contoh kitab2 setiap bidang. Moga bermanfaat.

Dipersilakan sebarang kritikan, nasihat dan teguran. Jazakumullah kher.

Wallahu a'lam.

Renungan:
"Menyampaikan ilmu dan nasihat kepada saudara kita juga adalah sebahagian daripada perjuangan dan ingatlah sabda nabi sallallah alaih wasallam: Agama itu adalah nasihat." 

NASIHAT & MUHASABAH BUAT DIRI & TEMAN-TEMAN

   Baru ni berbual dengan seorang ustaz, dia senior dan dah lama di Mesir dan lepas berkenalan saya mintak nasihat dari beliau dan beliau banyak memberi nasihat yang berharga antaranya:


      

    Beliau mengatakan jika seorang pelajar agama tidak fasih membaca Al Quran dan tidak berusaha menghafal walau sejuzuk dari Al Quran adalah suatu perkara yang sangat memalukan kerana Al Quran adalah asas pegangan hidup kita. Mesti ikhlaskan niat baca Al Quran dan niat juga untuk mengamalkannya. Hafal bukan kerana exam tapi hafal untuk dijadikan hujjah dan dalil serta untuk diamalkan dalam solat. Subhanallah.

   Moga kita sama2 usaha untuk memperelokkan bacaan Al Quran kerana Al Quran adalah pegangan kita. Baca dan pelajari isi kandungannya. Mudah2an kita tergolong di kalangan orang yang Al Quran menjadi saksi kebaikan ke atasnya dan bukan saksi keburukan insyaAllah ameen.

اللهم اجعل القرآن حجة لنا لا حجة علينا

2) JANGAN MENGGATAL & SEGERA NIKAH

   Dia menasihati saya jika saya dah jumpa seseorang yang baik untuk dijadikan calon maka berusalah untuk segera menikahinya dan jangan main2 dan menggatal dengan perempuan. Dia bagitahu jangan terkejut memang ada kes ustaz ustazah ber'abang' 'adik' bermanja2 masa sms dan telefon berjam2 sampai lewat malam dan benda tu biasa kat sini.

kesimpulan


   Subhanallah, jom kita sama2 jauhkan diri dari 'fenomena' tersebut. InsyaAllah akan saya akan ikut nasihat beliau yang sangat bermakna dan terus terang. Kalau nak sangat, kahwin je kan, kat Mesir ni ramai kahwin, insyaAllah Allah beri rezki dan masa tu dah halal semuanya. :)


Wallahu a'lam.