"Bersama berkhidmat untuk ummah. '' Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat '' -al hadith-

Thursday, 5 December 2013

PENYAKIT HASAD: SEBUAH KISAH YANG MENSYAHDUKAN

S|Y|A|H|D|U
Semalam membaca kitab Risalah Adab Suluk al Murid oleh al Habib Imam Abdullah ibn Alawi Al Haddad rahimahullah di rumah sidna ustaz Raja Ahmad Mukhlis al Azhari hafizahullah dalam fasal ketiga bab penyakit hati.
Penyakit terakhir yang disebut oleh al Imam ialah penyakit hasad. Ketika membahaskan nasihat Imam haddad yang menyuruh kita sepatutnya saling membantu dalam kebaikan, bukan berasa hasad, Ustaz bawa cerita yang sangat menSYAHDUkan hati.
Ustaz cerita,
Suatu ketika ditanya kepada al Arifbillah as Syarif Sheikhuna Sayyidi Yusuf riq Bakhour al Hasani as Syazuli qaddasallahu sirrahu mengapa beliau tidak tidur. (Sheikh memang kebiasaannya kurang tidur)
Maka kata Sayyidi sheikh,
"Aku sibuk untuk mentarbiyah muridku supaya mereka menjadi lebih hebat dariku.
KERANA KETIKA KAKI-KAKI TERGELINCIR KE DALAM NERAKA, AKU TAKUT AKU TERMASUK DIKALANGAN MEREKA.
MEMANG AKU ADA RAMAI GURU, TETAPI MEREKA MEMPUNYAI RAMAI MURID UNTUK DISELAMATKAN. AKU TAKUT AKU TIDAK DAPAT BANTUAN DARI MEREKA.
MAKA MOGA-MOGA MURID-MURIDKU YANG LEBIH HEBAT DARIKU INI AKAN MEMBANTU MENARIK TANGANKU KETIKA ITU."
ALLAH ALLAH ALLAH T_T
Ini kalam orang yang arifbillah. Masih takut tidak berjaya di mahsyar kelak. Bagaimana kita yang belum berjalan pun sudah rasa selamat dari Jalal dan Jabbarnya Allah.
Lebih tersentuh bila beliau ingin muridnya lebih hebat dari dirinya. Bukan seperti sesetengah ilmu yang mana disimpan "buah-buah" tok guru supaya tidak ada anak murid yang mengkhianati. Inilah hasad dalam lapangan keilmuan yang ada.
Maka terasa betapa sofa hati seorang guru bila bersikap seperti sayyidi sheikhina.
Moga Allah merahmati guru-guru kami yang ikhlas mendidik kami menjadi insan yang lebih baik.
~al fatihah buat guru2 kita sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi~
via FB Akhi Hazim Haznan

No comments: