بسم
الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله
وصحبه ومن والاه واتبع هداه
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, moga anda
semua dalam keadaan sihat wal'afiyat dan sentiasa ceria dan gembira bersama
orang tersayang.
Pada kesempatan ini saya akan berkongsi dengan anda tentang
fatwa ulama berkaitan dengan ilmu Al Quran. Ulama yang dimaksudkan ialah Sheikh
Athiyyah Saqar merupakan ulama besar Mesir dan dunia Arab.
MENGAPAKAH SURAH AT TAUBAH TIDAK BOLEH DIMULAI DENGAN BASMALAH SEPERTI SURAH-SURAH LAIN?
Soalan yang diajukan kepada sheikh ialah mengapakah surah At
Taubah tidak dimulakan dengan bismillah / basmalah seperti surah-surah lain?
Maka sheikh menjawab:
Sebabnya diperselisihkan oleh ulama, ada yang mengatakan kerana surah itu diturunkan untuk peperangan, pembunuhan dan menonjolkan kejahatan keadaan orang-orang munafiq, maka tidak sesuai dalam keadaan ini dimulakan dengan bismillah yang membawa maksud rahmat, seperti adat orang Arab ketika menujukan percakapan mereka kepada orang lain maka permulaannya mestilah sesuai dengan isi kandungannya dan ada pandangan mengatakan Sayyiduna Othman –radhiallahu anhu- ketika menyuruh penulis-penulis Mushaf untuk membuat salinan beberapa surah daripada Al Quran, dan susunan surah yang tidak kukuh dan sabit nas dalam penyusunannya daripada nabi sallallah alaih wasallam ketika menjadikan surah-surah yang panjang yang berdekatan antara satu sama lain, maka dia berpandangan bahawa tajuk surah Al Anfal sesuai dengan surah At Taubah, maka sayyiduna Osman –radhiallahu anhu- menyuruh agar surah At Taubah diletakkan bersebelahan dengan surah Al Anfal tanpa diletakkan bismillah, dan diketahui bahawa surah Al Anfal antara surah Madaniyah yang awal diturunkan, manakala surah At Taubah antara surah Madaniyah yang akhir diturunkan, tetapi kedua-duanya bersesuaian dari segi tajuk dan ada yang mengatakan selain dari dua pandangan yang disebutkan, dan dalam buku-buku tafsir perbincangan tajuk ini lebih meluas siapa yang nak.

(موسوعة أحسن الكلام في الفتاوى والأحكام فضيلة الشيخ سقر ص: 233) - Mausu'ah Ahsan al Kalam fe al Fatawa wa al Ahkam-
- Mungkin ada yang bertanya siapakah sheikh yang saya bawakan ni?
Tak kenal pun. Tak mengapa, kalau ada yang bertanya tu bagus, saya bawakan sedikit pengenalan dan kalau kita tidak mengenali beliau tak bermaksud ramai orang tidak mengenali, berapa ramai yang kita tidak kenal tetapi dia sebenarnya terkenal? :-)
SHEIKH ATHIYYAH SAQAR : ULAMA BESAR DUNIA ZAMAN KINI
Sheikh Atiyyah Saqar dilahirkan pada 22 November 1914 di
sebuah perkampungan di negeri Zaqaziq dan wafat pada 9 Disember 2006. Merupakan
salah seorang ulama besar di Mesir dan dunia Arab pada zaman ini. Juga
merupakan salah seorang ulama besar universiti Al Azhar Mesir, pernah mengetuai
badan fatwa universiti Al Azhar, salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis
Tertinggi Hal Ehwal Islam Mesir, dan pernah menjadi ahli parlimen dan anggota
Majlis Syura Mesir.
Merupakan seorang imam dan khatib di banyak masjid dan pernah
mengajar di pelbagai universiti selain Al Azhar dan biasa membuat pembentangan
di luar negara. Juga pernah menjadi ahli Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam
dan bekerjasama dengan kementerian Waqaf Kuwait. Juga pernah menjadi ahli
Islamic Research Centre di Kaherah Mesir. Banyak mengarang buku-buku yang
sangat ilmiah dan berkualiti isi kandungannya serta diterima pakai oleh ramai
mahasiswa dan ulama pada zamannya sehingga kini.
Antara karya beliau:
Antara karya beliau:
a)
Dakwah Islamiyah Dakwah Ilmiah
b) Kajian - Kajian Islam Dalam Isu-Isu
Kontemporari Yang Terpenting
c) Pekerjaan & Pekerja dalam Perspektif
Islam
d) Hijab dan Pekerjaan Wanita
e) Seni Memberi Nasihat
dan pelbagai lagi buku-buku lain yang tak disebutkan di sini.
kesimpulan
kesimpulan
"Beliau merupakan seorang ulama yang sangat tinggi ilmunya dan akhlaknya." Moga Allah membalas segala jasa beliau ameen.
InsyaAllah dalam kesempatan akan datang, saya akan bawakan
fatwa-fatwa ulama dalam pelbagai isu dan topik. Moga bermanfaat. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment