بسم الله والصلاة
والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه
Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah Taala,
moga anda semua sihat wal'afiyat. InsyaAllah dalam entry kali ini saya hanya
sentuh secara ringkas berkenaan fiqh dakwah dan semoga nasihat ini
memberi manfaat kepada kita semua InsyaAllah.
Amar ma'ruf nahi munkar
Mengajak kebaikan itu wajib seperti mana
wajib membuat kebaikan dan menegah kemungkaran itu wajib seperti mana wajib
meninggalkan kemungkaran itulah apa yang dinamakan amar makruf dan nahi mungkar.
cara-caranya
cara-caranya
- Ulama mengajar kita bagaimana kita nak laksanakannya dan untuk melaksanakannya hendaklah dengan ilmu dan dan berhikmah. Jika kita terlalu keras/syadid dalam berdakwah maka orang-orang yang didakwah akan terus jauh dari dakwah kita walau banyak mana ilmu kita.
- Islam menyuruh kita menegur kesilapan tetapi Islam tak mengajar untuk menegur di khalayak ramai dan jelas siapa yang ditegur. Teguran yang ikhlas hendaklah disembunyikan dan berlaku antara pihak yang menegur dan ditegur secara 'personal'. Ini adalah kerana jika teguran terhadap seseorang itu dikhalayak ramai bermakna kita telah menjatuhkan maruah orang tersebut dan ini adalah perbuatan yang dikeji.
Ia berbeza dengan mengajak kebaikan iaitu kita disuruh untuk menyampaikan dan disebarkan malah orang yang berbuat baik pun tidak salah untuk kita sebarkannya seperti mana para ulama kita memuji guru-guru mereka. Tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menjadi hebat seperti mufti atau baik seperti sahabat untuk menyebarkan dan menyampaikan dakwah, masing-masing dengan tahap masing-masing tetapi wajib dipelajari dan merujuk para ulama.
Tanpa mengira siapa kita, jom sama-sama kita sebar-sebarkan MAHABBAH, mengeratkan talian ukhuwah antara kita, jauhkan api permusuhan dan persengketaan, kita semua sama, yang membezakan kita hanya TAQWA di sisi Allah, dan doakan semua saudara Islam kita. InsyaAllah rahmat, taufiq, barakah, pertolongan Allah itu akan datang menemani kita.
Wallahu a'lam bessawab.
No comments:
Post a Comment