(Gambar sekadar hiasan)
Ulama telah membahagikan ilmu-ilmu agama ini kepada dua bahagian

- Ilmu yang ingin dicapai Ulum Al Maqasid (علوم المقاصد)
- ilmu yang menjadi perantaraan untuk mencapai ilmu yang ingin dicapai Ulum al Wasa'il (علوم الوسائل).
Ilmu fiqh adalah salah satu bahagian daripada Ulum al Maqasid manakala lughah
(bahasa) adalah salah satu bahagian daripada Ulum al Wasa'il. Contohnya
untuk memahami fiqh, kita memerlukan ilmu Nahw dan Sorf kerana ilmu fiqh
dipetik daripada sumber-sumbernya yang tertentu antara sumber utama ialah Al
Quran dan As Sunnah.
Siapa yang memetik fiqh daripada nas-nas? Merekalah para fuqaha yang telah menyusun dan membukukannya maka banyaklah kitab-kitab fiqh ditulis.
Bagaimana kita hendak memahami perbahasan mereka berkenaan hukum hakam jika kita tidak memahami bahasa Arab yang terdiri daripadanya banyak pecahan seperti Nahw, Sorof, Ma'ani, Bade', atau Balaghah dan sebagainya.
Ilmu Usul al Fiqh juga salah satu cabang daripada Ulum al Wasa'il. Ini adalah kerana untuk memahami fiqh, kita memerlukan ilmu Usul Fiqh yang mengajar kita kaedah dan peraturan untuk kita memetik nas dan bagaimana suatu ijtihad dan fatwa itu dikeluarkan dan sebagainya.

kesimpulan
Maka
ulama menulis juga kitab-kitab ilmu Usul Fiqh. Ini semua adalah antara contoh
yang harus kita fahami dan perlu dikaji agar kita memahami konsep suatu ilmu
dan tujuan suatu ilmu itu dipelajari. Moga bermanfaat.
Bab ini saya petik dan ringkaskan daripada kitab Al Fawaid Al Makkiyah oleh al habib Ahmad bin Alwi As Saggaf Al Makki Ash Shafi'e rahimahullah. Untuk huraian lebih mendalam sila rujuk kitab yang disebutkan.

Mohon teguran, nasihat dan tunjuk ajar semua pembaca. Jazakumullah kher.
Wallahu
a'lam
"Nabi sallallah alaih wasallam telah bersabda: '' Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat '' (al hadith) -au qama qaal-"
No comments:
Post a Comment