بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه واتبع
هداه، وبعد
Kita semua
sedia maklum bahawa Rasulullah sallallah alaih wasallam telah mewarisi
ilmu dan tidak mewarisi harta. Antara ilmu yang diwarisi ialah ilmu tafsir
yang merupakan ilmu yang sangat penting untuk menerangkan kehendak atau maksud
ayat-ayat Al Quran yang merupakan kalam Allah SWT. Allah SWT telah
menurunkan Al Quran kepada baginda rasulullah sallallah alaih wasallam dan
baginda telah mengajarnya kepada sahabat, para sahabat pula mengajarnya kepada
tabi'en dan begitulah seterusnya.
(Gambar sekadar hiasan)
(Gambar sekadar hiasan)
Kita harus tahu bahawa tidak semua sahabat yang menghadiri majlis
ilmu Rasulullah sallallah alaih wasallam. Oleh itu setiap sahabat ada
kepakarannya samada dalam ilmu periwayatan seperti yang dipelopori oleh sahabat
yang paling banyak meriwayatkan hadith iatu Abu Hurairah ra dan juga dalam
ilmu-ilmu lain termasuklah ilmu tafsir. Maka dalam penulisan ini akan saya
rungkai siapakah di kalangan sahabat baginda yang banyak meriwayatkan ilmu
tafsir dan menjadi rujukan besar di kalangan sahabat dan tabi'en dan maklumat
ini telah saya petik daripada kitab Tafseer wal Mufassirun.
Ilmu tafsir yang dikenali di kalangan sahabat tidaklah ramai, mereka menyebut tentang Al Quran samada secara langsung atau menggunakan orang tengah, dan apa yang telah mereka saksikan tentang sebab penurunan sesebuah ayat Al Qur'an dan apa yang telah Allah bukakan bagi mereka keluasan dalam memahami untuk mentafsir dengan pemikiran dan ijtihad mereka.
Al Imam Al
Hafiz As Sayuti -rahimahullah- telah meletakkan bilangan sahabat baginda
Rasulullah SAW yang menjadi rujukan dalam ilmu tafsir dan mereka terdiri
daripada:
1. Khulafa empat (Abu Bakar,
Omar, Othman dan Ali ra)
2. Abdullah bin Mas'ud ra
3. Abdullah bin Abbas ra
4. Ubai bin Ka'ab ra
5. Zaid bin Thabit ra
6. Abu Musa Al Asy'ari ra
7. Abdullah bin Zubair ra
Di sana ada
beberapa orang sahabat baginda selain yang disebut di atas yang bercakap
tentang tafsir seperti Anas bin Malik ra, Abu Hurairah ra, Abdullah bin Omar
ra, Jabir bin Abdullah ra, Abdullah bin Amr bin Al A'as, Aisyah ra, tetapi riwayat
tafsir daripada mereka ini adalah amat sedikit dan mereka para sahabat ra yang
disebutkan tadi tadi tidak masyhur di kalangan mereka yang menafsirkan Al Quran
seperti sepuluh sahabat baginda yang disebutkan oleh As Sayuti.
Mereka berbeza
dengan banyak atau sedikit riwayat dalam tafsir, maka Abu Bakar, Omar dan
Othman tidak diriwayatkan daripada mereka dalam tafsir melainkan sangat sedikit
dan antara sebabnya ialah kerana mereka antara yang terawal wafat di kalangan
sahabat dan kerana kesibukan mereka dalam hal ehwal negara sebagai khalifah dan
pembukaan kota-kota pada zaman mereka dan selain itu sebahagian ulama
mengatakan kerana mereka berada di kalangan para sahabat yang sangat a'lim
dengan Al Quran, yang mengetahui rahsia di sebalik makna-makna ayat-ayatnya,
yang sangat arif dengan makna-makna yang mendalam serta hukum-hakam yang
terdapat dalamnya, yang disempurnakan dengan pengetahuan mereka dengan
lafaz-lafaz kalimah-kalimah Arab, yang menyebabkan mereka tidak dirujuk dalam
bab tafsir seperti selain mereka.
Manakala Ali
bin Abi Talib ra maka dia adalah antara khulafa Rasyidin yang paling banyak
meriwayatkan dalam ilmu tafsir Al Quran, dan sebabnya adalah kerana beliau
tidak seperti tiga khalifah sebelumnya yang memegang jawatan khalifah, dan beliau
sepanjang masa itu tidak memegang jawatang khalifah sehinggalah kewafatan
Othman bin A'ffan ra dan juga sebab kewafatan beliau yang lewat berbanding
sebelumnya pada zaman di mana masyarakat Islam sangat memerlukan mereka yang
menafsirkan kepada mereka makna-makna yang tersirat di sebalik ayat-ayat Al
Quran dan faktor berlakunya hal ini adalah kerana negara Islam yang semakin
luas, ramai orang masuk Islam di kalangan Arab dan a'jam (bukan Arab) di mana
yang menjadi seorang yang sangat mahir dalam ilmu bahasa Arab.
Begitu juga
sebab bagaimana boleh terjadi banyaknya riwayat dalam ilmu tafsir Al Quran
daripada Ibnu Abbas ra, Ibnu Mas'ud ra, Ubai bin Ka'ab, dan ini adalah kerana
keperluan manusia pada zaman mereka kepada mereka, dan sifat-sifat umum yang
membawa kepada kemampuan mereka dalam menafsir dan tidak tertinggal juga Ali
bin Abi Talib ra, dan sifat-sifat yang dimaksudkan ialah:
1. Kekuatan mereka dalam bahasa Arab
2. Penguasaan mereka tentang
keadaan dan uslub2 Arab
3. Mereka tidak susah dalam mengeluarkan
ijtihad dan apa yang mereka tetapkan hasil ijtihad mereka (dalam ilmu tafsir)
4. Pergaulan dengan rasulullah
saw dalam tempoh yang panjang yang memampukan mereka mengetahui
peristiwa-peristiwa yang diturunkan semasanya ayat Al Qur'an, melainkan Ibnu
Abbas RA kerana beliau tidak bersama rasulullah SAW pada masa mudanya kerana
rasulullah SAW wafat dan beliau ketika itu baru berumur 13 tahun atau yang
berdekatan dengannya, tetapi kewafatan baginda itu digantikan dengan beliau
bermulazamah iaitu bersama dalam tempoh yang lama mempelajari tafsir Al Quran
daripada sahabat-sahabat baginda yang agung dan meriwayatkan tafsir daripada
mereka.
Sekiranya kita
ingin membuat susunan secara tertib periwayatan sahabat yang paling
banyak meriwayatkan ilmu tafsir Al Quran, maka susunannya adalah seperti
berikut:
a) Abdullah bin Abbas ra
b) Abdullah bin Mas'ud ra
c) Ali bin Abi Talib ra
d) Ubai bin Ka'ab ra
Moga maklumat ini bermanfaat buat semua pembaca dan mohon maaf andai terdapat salah silap dalam penulisan ini.
Saya mempersilakan sebarang komen dan nasihat
serta tunjuk ajar daripada pembaca sekalian moga Allah Taala kurniakan hidayah
dan taufik buat kita semua.
Jazakumullah kher.
Wallahu a'lam bessawab.
No comments:
Post a Comment