Para
ulama dan fuqaha telah menyusun dan menulis berkenaan ilmu-ilmu yang diperlukan
oleh seseorang untuk layak digelar seorang faqeh, dan ia adalah seperti
berikut:
Ulum al-Lughah terdiri daripada Nahw, Sorf, Balaghah
- Juga digelar ilmu alat iaitu dengan ilmu ini dapat memahami lafaz-lafaz serta kalimah-kalimah Arab yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah serta dapat memahami balaghah Al Quran dan As Sunnah yang tidak boleh difahami jika tidak pelajari.
Tafsir ayat al-ahkam / fiqh al Qur'an
- Merupakan tafsir ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.
Alhadith al-ahkam / fiqh al Hadith
- Merupakan tafsir hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.
al-Qawa'ed al-feqheyyah
- Juga digelar ilmu alat iaitu dengan ilmu ini dapat memahami lafaz-lafaz serta kalimah-kalimah Arab yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunnah serta dapat memahami balaghah Al Quran dan As Sunnah yang tidak boleh difahami jika tidak pelajari.
Tafsir ayat al-ahkam / fiqh al Qur'an
- Merupakan tafsir ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain ayat-ayat Al Quran yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.
Alhadith al-ahkam / fiqh al Hadith
- Merupakan tafsir hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan hukum hakam atau dengan kata lain hadith-hadith baginda SAW yang berkaitan dengan permasalahan-permasalahan fiqh.
al-Qawa'ed al-feqheyyah
- Iaitu kaedah-kaedah yang terbina dengannya pelbagai permasalahan furu fiqh dan ianya berbeza dengan ilmu usul Fiqh.
Usul al fiqh
- Iaitu ilmu yang membahaskan berkenaan bagaimana ilmu fiqh itu dipetik daripada sumber-sumbernya yang terdiri daripada sumber-sumber yang disepakati (seperti Al Quran, As Sunnah, ijmak dan qias) dan tidak disepakati (seperti masoleh al mursalah, al istihsan, al istishab, a'mal ahlul Madinah dsbgnya). Begitu juga ilmu usul fiqh ini membahaskan berkenaan hukum syarak, bahagian-bahagian hukum syarak kepada hukum taklifi dan wadhi'e, dan pelbagai lagi.
Tobaqat fuqaha / tarajim al-Fuqaha
- Merupakan sebahagian daripada ilmu sejarah dan mengetahui darjat serta tobaqat fuqaha mazhab tertentu dan mengetahui perihal fuqaha dan dengan ilmu ini diketahui mazhab fuqaha, tarikh wafat, manhaj dan akidah, kitab-kitabnya serta kelebihan dan pujian para ulama kepadanya.
Fiqh al mazhab & al muqoron
- Bermaksud mempelajari fiqh dalam salah satu mazhab empat muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Shafi'e dan Hambali kerana para ulama telah bersepakat bahawa tidak boleh seseorang yang mempelajari fiqh boleh sampai ke tahap atau darjat seorang faqeh dan mujtahid melainkan dia telah menguasai permasalahan feqh salah satu mazhab dan antara buktinya ialah fuqaha-fuqaha yang tercatat dalam tarajim sebahagian besar mereka yang dilantik menjadi qadhi semuanya intimak kepada salah satu mazhab empat yang disebutkan. Begitu juga penguasaan fuqaha tentang mazhab selain mazhabnya akan membuatkan seorang faqeh itu memahami punca sebab perselisihan dan untuk mengenal pasti tarjeh suatu permasalahan dalam mazhab selain mazhabnya.
Mustolahat al feqheyyah
- Untuk menguasai permasalahan feqh, wajib bagi penuntut ilmu fiqh itu menguasai dan mendalami makna-makna serta lafaz-lafaz yang disebut dan ditulis oleh fuqaha dalam kitab-kitab mereka dan kalam-kalam mereka. Memahami mustolah sangat penting kerana seorang faqeh tidak akan digelar faqeh melainkan dia telah menghafal sebanyak mungkin mustolah fiqh yang muktamad di kalangan ulama.
Fatawa al fuqaha al qudama wal mutaakhereen
- Bermaksud fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh fuqaha sejak zaman mujtahidin permulaan kurun kedua hingga fuqaha zamannya hendaklah dikaji dan difahami serta diteliti oleh penuntut ilmu fiqh. Ini adalah kerana apabila fatwa-fatwa ini dikaji, dipelajari serta difahami, para penuntut ilmu akan mula memahami bagaimana para fuqaha dan mujtahid mengeluarkan fatwa, apakah ciri-ciri sebuah fatwa dikeluarkan dan bagaimanakah ilmu usul fiqh itu dipraktik secara halus dan mengikut kaedah yang ditetapkan.
Qodhoya al-Feqheyyah al-Mu'asoroh
- Bermaksud isu-isu permasalahan feqh kontemporari yang berlaku zaman sekarang yang tidak termaktub dalam kitab-kitab turath yang memerlukan kepada kajian dan penelitian dalam masalah-masalah baru. Dengan ilmu ini penuntut ilmu fiqh akan mendapat gambaran bahawa betapa pentingnya ilmu fiqh ini kerana ianya diperlukan sepanjang zaman dan bagaimana para fuqaha kini mengkaji permasalahan-permasalahan baru pada zaman yang makin moden dan canggih.
Masael al-Ijma'
- Ijmak-ijmak fuqaha mestilah diketahui oleh para penuntut ilmu yang ingin menguasai ilmu fiqh kerana tidak mengetahui ijmak ulama dalam permasalahan-permasalahan feqh akan membantutkan kefahaman dan menyebabkan ilmu fiqhnya tidak teratur malah boleh salah memberi jawapan sehingga melawan ijmak ulama.
Asbab ikhtilaf al-Fuqaha
- Bermaksud sebab-sebab ulama dan fuqaha berselisih pendapat dalam mengeluarkan hukum dan juga fatwa. Ini adalah sangat penting kepada penuntut ilmu feqh kerana mengetahui sebab perselisihan akan membawa kepada kefahaman yang lebih mendalam dan membawa kepada persefahaman yang lebih kukuh dan akan memahamkan mereka bahawa mengapa fuqaha berselisih.
Maqasid Asy Syari'ah
- Dengan ilmu maqasid Syari'ah, penuntut ilmu Fiqh akan dapat memahami hikmah pensyariatan suatu syari'at yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan ini sangat penting juga kepada seorang faqeh untuk menjawab persoalan-persoalan feqh yang terdiri daripada pelbagai latar belakang orang yang bertanya dan dengan mengetahui maqasid ia memudahkan orang yang bertanya untuk faham dan mudah untuk seorang faqeh menjawab permasalahan yang ditimbulkan.
kesimpulan
Ini hanyalah sebahagian. Kalam dalam bab ini perlukan perincian dan penerangan, ala kulli hal ini hanya secar rambang atau gambaran umum.
InsyaAllah nanti ana bawak contoh kitab2 setiap bidang. Moga bermanfaat.
Dipersilakan sebarang kritikan, nasihat dan teguran. Jazakumullah kher.
Wallahu a'lam.
Renungan:
"Menyampaikan ilmu dan nasihat kepada saudara kita juga adalah sebahagian daripada perjuangan dan ingatlah sabda nabi sallallah alaih wasallam: Agama itu adalah nasihat."
No comments:
Post a Comment