بسم الله والصلاة
والسلام على رسول الله وآله وصحبه ومن والاه واتبع هداه وبعد
Pada waktu itu, para ulama telah mengambil
sistem atau manhaj untuk mengenal hukum-hakam dan setiap mereka itu ada
anak-anak murid dan pengikut yang ramai yang terdidik dengan jalan guru mereka,
dan sistem inilah yang dinamakan oleh ulama sebagai mazhab.
Mazhab-mazhab
fiqh yang kekal wujud sehingga ke hari ini terdiri daripada mazhab empat yang
terkenal iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafi'e dan Hambali. Di sana terdapat
sebahagian mazhab lain yang telah hilang pengikutnya seperti mazhab Laitg bin
Sa'ad, Daud az Zohiri, Ibnu Jarir at Tobari, Ibnu Khuzaimah, dan Ishak bin
Rahuyah.
Orang-orang yang mengkaji mazhab-mazhab yang
wujud sekarang ini mereka akan mendapati setiap mazhab itu mempunyai fiqh yang
terbina yang bertaburan dalamnya penulisan-penulisan, kaedah-kaedah, usul-usul
dan ulama-ulama dan asas setiap mazhab berbalik kepada pemilik mazhab dan
pengasasnya.
Pengasas-pengasas mazhab ini merupakan
ulama besar yang telah dididik oleh para ulama yang sebelum mereka, dan mereka
telah mengambil ilmu dari hafazan guru-guru mereka, dan mereka telah memahami
dan mempelajari daripada warisan para anbiya. Tambahan pada waktu itu negara-negara
Islam telah berkembang para ulama dan ilmu, dan telah terhimpun ilmu-ilmu
Syari'at, golongan-golongan berakal dan cendiakawan, yang mempunyai jiwa yang
suci, semangat dan kemahuan yang sangat tinggi, maka pada waktu itu ulama
Syari'ah mempunyai kedudukan dan darjat yang sangat tinggi yang telah menjadi
rujukan masyarakat Islam.
Akal pemikiran para ulama cendekiawan pada
masa itu telah terbuka dengan cahaya-cahaya wahyu yang datang daripada Al Quran
dan As Sunnah, yang tidak terpisah dengannya kegelapan taqlid yang menghalang
akal-akal pemikiran akan datang untuk mendalami nas-nas Al Qur'an dan As
Sunnah, yang menjawab segala permasalahan, kejadian-kejadian dan isu-isu baru
yang melanda orang-orang Islam pada waktu itu.
Mereka para ulama cendekiawan telah
diangkat darjat mereka itu dengan ajaran mereka yang dipetik daripada alam
wahyu menjadi darjat yang sangat tinggi dan mulia, dan telah menyusun dan
meletakkan kaedah dalam mazhab-mazhab mereka, dan meninggalkan kepada golongan
selepas mereka tinggalan atau warisan ilmu yang sangat agung yang membantu
golongan selepas mereka untuk mengetahui kebenaran dan membantu mereka untuk
memahami nas.
Al Imam Abu Shamah seorang pakar fiqh
mazhab Shafi'e telah berkata: " Ulama mazhab Shafi'e telah membina
mazhab Shafi'e dengan binaan yang sangat kukuh dan teratur, dan itu adalah
kerana pegangan mereka dengan Al Quran dan Sunnah rasul SAW, serta pengamatan
dan kajian yang betul dengan ijtihad yang berdasarkan kepada al Kitab dan as
Sunnah, dan mentarjihkan mazhab-mazhab dengan Al Quran dan As Sunnah
", dan ulama-ulama telah menyusun mazhab-mazhab mereka dengan cara ini
yang disebutkan oleh imam Abu Shamah.
Akan bersambung kupasan ini pada masa akan datang insyaAllah.
(Sumber: Kitab Dr Sulaiman Al Ashaqr al madkhal )
No comments:
Post a Comment