"Bersama berkhidmat untuk ummah. '' Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat '' -al hadith-

Thursday 5 December 2013

SIAPAKAH YANG DIBERI GELARAN IMAM BUKHARY DI ANDALUS ?

Siapakah ulama hadith yang agung di Andalus sehingga digelar oleh ulama Hadith pada zamannya dan selepasnya sebagai '' IMAM BUKHARY ANDALUS / MAGHRIB " ?Jawapannya:
  •  Al Hafiz al Imam Abu Omar Yusuf bin Abdullah yang masyhur dikenali sebagai Ibnu Abdil Barr Al Andalusi Al Maliki rahimahullah.
  •    Diriwayatkan bahawa beliau lahir pada hari Jumaat waktu imam sedang berkhutbah di atas mimbar tahun 368 H dan wafat pada malam Jumaat 463 H dan umur beliau mencecah 95 tahun.
  •    Merupakan salah seorang tokoh besar mazhab Maliki, malah beliau merupakan mujtahid mutlaq kerana dalam kitabnya al istizkar al jame' syarah muwatta imam Malik, al imam mengkaji kesemua dalil Al Quran, As Sunnah, Ijma, fatwa dan amalan para sahabat, fatwa dan amalan para tabie'an, tabi' tabi'en, sehingga ke zaman fuqaha empat mazhab, dan sehingga ke zamannya, dan mengkaji kesemua sanad dan aqwal serta pandangan2 fuqaha dan ulama serta memastikan sanad mestilah thabit dan betul.
  •    Bukan mudah untuk mengumpul semua ini dalam penulisan sehingga al imam ibnu Hazm al Andalusi (tokoh ulama besar mazhab zohiri) mengatakan:                                              " Aku tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan al imam ibnu Abdil Barr dalam feqh dan hadith, bagaimana pula lebih baik daripadanya?"
  • Antara perkara lain yang boleh dipetik ialah al imam merupakan anak yatim sejak kecil di mana bapanya telah wafat dan beliau masih kecil lagi. Jika kita perhatikan ramai ulama besar begitu, imam Shafi'e juga dididik dan dibesar oleh ibu, imam Malik juga dididik dan dibesarkan oleh ibu, dan ramai lagi seperti yang tertulis dalam kitab2 tarajim ulama, radhiallahu anhum ajmai'en mereka menjadi ulama besar hasil usaha ibu mereka. Subhanallah betapa besar dan agungnya peranan seorang ibu dalam mendidik anak mereka dan menentukan masa depan anak mereka.
Kesimpulan
Semasa saya membaca muqaddimah kitab al istizkar dan membaca sebahagian kupasan al imam dalam bab waktu solat jilid pertama dan sikit bahagian jilid kedua dalam bab toharah, memang sangat tak terkata tentang kehebatan beliau dalam banyak ilmu bukan sahaja feqh dan hadith, tetapi juga fiqh muqaran, fiqh sahabat, fiqh tabi'en, ilmu lughah, tafsir, balaghah, jarh wa ta'del dan sebagainya. Bacalah sebahagian yang terkandung dalam kitab ini, antum akan lihat betapa agungnya al imam ibnu Abdil Barr rahimahullah.
   Jom sama2 kita manfaatkan apa yang kita pelajari kepada kenalan2 kita dan juga umat Islam. Moga kita semua memperoleh kebaikan dan setiap kebaikan itu semuanya datang dari Allah Taala yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Wallahu a'lam.
"Ya Allah ampunilah segala dosa kedua ibubapa kami, dan sentiasalah rahmati dan berkati mereka ameen".
download

(Gambar kitab di atas adalah kitab al istizkar yang dimaksudkan, dan al imam mengarang banyak kitab dalam banyak bidang rujuk muqaddimah muhaqqiq kitab ini untuk perincian)

No comments: